“This Is Too Much!” – Tuduhan Sengaja Gugurkan Kandungan, Nurul Shuhada Mahu Saman Individu Mulut Celupar

Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, enggan berdiam diri selepas ada individu mendakwa dia sengaja menggugurkan kandungannya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Instagran Story, Shuhada menyiftakan komen yang diberikan individu berkenaan adalah sangat melampau.

Malah, dia juga meminta agar individu yang dikenali sebagai by_zandra itu menanti surat saman daripada pihaknya.

“Jarang rasa nak buat macam ni, tapi this is too much.

“Saya memang akan ambil tindakan yang seterusnya dekat awak. Tunggu sampai surat saman saya.

“Tunggu surat saman double dari saya dan team Berryshape,” katanya.

Selain itu, pihak produk berkenaan juga turut memuat naik tangkap layar milik Shuhada di Instagram rasmi mereka sekaligus memaklumkan tindakan tegas akan diambil terhadap komen dan tuduhan melampau yang diberikan kepada pihaknya dan Shuhada.

“Siapa yang cuba menabur fitnah ke atas Shu dan brand kami, pihak HQ tidak akan teragak-agak untuk mengambil tinakan undang-undang.

“Beware of your comments dan tuduhan,” jelasnya.

Salma Syahbuddin