Menerusi segmen #ThrowbackXTRA kali ini, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida tampil berkongsi kisah lampau mereka sebelum berjaya dalam bidang perniagaan.
Menurut Aliff, dia tidak sangka bahawa usaha kerasnya sebelum ini mampu membuka mata ramai dengan kejayaan yang dimilikinya kini.
“Sebenarnya saya tak sangka perniagaan saya boleh maju sebab pada awalnya saya hanya nak teruskan kehidupan sekurang-kurangnya ada rumah dan kereta sendiri dah cukup. Tak pernah terfikir nak jadi kaya raya.
“Apa yang saya ada hari ini pun adalah dari semangat saya untuk perniagaan dan anak-anak saya,” katanya.
Malah, isterinya, Shahida juga sempat meluahkan rasa kagumnya terhadap semangat yang dimiliki Aliff yang tidak putus asa untuk mengubah nasib keluarga.
“Mungkin orang lain tidak tahu, tapi suami saya ni sangat kuat semangat. Dia penat macam mana pun dia takkan balik rumah kalau kerja belum siap,” jelasnya.
Dalam pada itu, Aliff menganggap kejayaan yang dimilikinya kini juga membuatkan dia sedar akan asal usul dirinya mula berniaga suatu ketika dahulu.
“Saya pernah berniaga di pasar. Saya rasa pengalaman itu yang paling mahal dalam hidup saya. Bila kita pernah hidup susah, bila jatuh tu kita tak akan rasa sakit.
“Bila ada dah berkeluarga ni, saya selalu fikirkan tentang tanggungjawab terhadap mereka sebab tak nak mereka lalui semua itu.
“Sebab tu kalau ada anak muda zaman sekarang yang nak berniaga, jangan pernah malu dan putus asa walaupun berniaga di pasar. Saya percaya pepatah melayu kata ‘hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat’,” katanya.
Selain itu, isteri kepada usahawan ini juga sempat berkongsi asam garam kehidupan mereka ketika awal perkahwinan tatkala perniagaannya ingin berkembang maju.
“Kami pernah makan ikan longgok yang tak fresh. Langsir rumah pun pernah pakai surat khabar sahaja. Setiap kali dapat gaji kami kena bahagikan gaji kami untuk dahulukan anak-anak kami.
“Sebab tu bila anda rasa anda susah, percayalah ada yang lagi susah dari anda. Bila anda nampak indahnya saya sekarang, anda tak tahu pun pahit saya sebelum ni. Kena sentiasa rasa bersyukur,” jelasnya
Enggan anak-anaknya menerima nasib yang sama, Aliff dan Shahida menyatakan mereka sudah mula mendedahkan mereka cara berniaga dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu diusia yang muda.
“Saya mula berniaga seawal usia 16 tahun. Memang tak mudah. Kejayaan saya berada di tahap sekarang ni pun kerana adanya isteri dan anak yang sentiasa sokong saya.
“Saya selalu berdoa supaya anak-anak saya berjaya dunia akhirat dan dapat mewarisi perniagaan saya ini. Saya tak mahu anak saya dihina seperti saya yang bodoh, ketinggalan dalam pelajaran.
“Sebab tu walaupun anak saya masih muda lagi, saya ajar mereka untuk berniaga, dedahkan mereka cara hidup susah juga.
“Tapi suka saya nak ingatkan orang yang tidak berpelajaran pun boleh berjaya. Zaman sekarang ni siapa yang bijak, kreatif, rajin mereka tu lah yang akan ke depan,” katanya.
Deep betul pesanan Datuk Red. Sebak pula tengok video dia!🤧
Fuh, boleh terbakasr ooo kalau dengar!🔥🔥🔥
#ThrowbackXTRA Bersama Ziana Zain
Salam Takziah buat Nasha Aziz
Alhamdulillah, akhirnya urusan kedua belah pihak dipermudahkan💙
Salam Takziah buat ahli keluarga yang terlibat.