Hiburan By: Fatin Nurain February 22, 2023 @ 6:00pm

#ThrowbackXTRA: Pelik! Pernah Terima Barang Kemas Dari Peminat, Yusry Imbau Zaman Jadi Kegilaan Wanita

Pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim tampil mengimbau kenangan pelik sewaktu bersama kumpulan KRU suatu ketika dahulu.

Umum tahu, KRU merupakan pop band yang terdiri daripada tiga adik-beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry.

Malah, kumpulan ini juga pernah menjadi kegilaan ramai dalam kalangan peminat terutamanya golongan wanita.

Menurut Yusry, kemunculan mereka pada era 90-an dahulu meninggalkan banyak momen manis dan pelik buat dirinya sehingga kini.

“Semua masih memberi memori yang baik-baik belaka. Tapi dengan umur saya sekarang ni bila dah berkeluarga, saya rasa biarlah benda tu terjadi untuk anak muda sebab saya rasa perkara tu saya pernah lalui , hargai dan simpan dalam hati,” katanya.

Dalam pada itu, Yusry turut berkongsi bahawa dia pernah menerima bungkusan barangan kemas yang dihantar oleh peminatnya ketika nama mereka mula meningkat naik.

“Banyak, saya tak ingat. Tapi, salah satu yang buat saya tersentuh sangat apabila  seorang peminat dia membungkus dan post gelang emas dan rantai emas.

“Saya rasa mak dia punya kot. Saya pun macam kenapa macam tu sekali. Nasib baik ada alamat, so saya hantar semula kepadanya,” jelasnya.

Terharu apabila dirinya dihargai, Yusry bagaimanapun mengakui terkejut dengan tindakan peminatnya itu.

“Tapi macam tu sekali sebab nak attention kan. Walaupun dia dapat perhatian kerana dapat balasan, tapi janganlah macam tu. Itu antara benda pelik yang saya ingat. Ada juga yang datang rumah dan mengaku dia isteri Norman,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

MEET ZAMAERA, MALAYSIA’S HOTTEST FEMALE RAPPER EVER

We at xtra were able to secure an exclusive interview with Malaysia’s very own talented female rapper. In this session, she detailed her journey into rap as well as her own thoughts on the rap industry in the country.

Hiburan Tue, 9 Apr 2019
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Selepas Jalil Hamid, Giliran Khiriah ‘Sekolahkan’ Isu Bayaran Pelakon

Selepas pelakon Jalil Hamid meluahkan rasa kecewanya terhadap sesetengah syarikat produksi yang menawarkan bayaran tak masuk akal, kini giliran pelakon Noorkhiriah pula! Khiriah menerusi laman Instagram turut bersetuju dengan status yang ditulis oleh Jalil. “

Trending Thu, 28 Jun 2018

Man Died After Stung by Jellyfish in Langkawi

They may look like plastic bags but they’re deadly.

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
Hiburan Mon, 11 Nov 2019

| Live TV