Acara By: Fatin Nurain February 8, 2023 @ 3:32pm

#ThrowbackXTRA: Peristiwa Berdarah Di Pentas AJL34 Buat Aina Abdul Dikenali

Menjelang malam Anugerah Juara Lagu (AJL37) ini, semestinya menjadi satu debaran buat seluruh penonton setianya yang ingin menyaksikan kelainan yang akan ditonjolkan oleh setiap finalis yang berjaya melayakkan diri di acara berprestij itu.

Malah, setiap kreativiti dan keunikan yang dipamerkan oleh peserta ketika membuat persembahan bakal menjadi bualan dan ingatan setiap penonton sepanjang masa.

Mengimbau semula momen gamat sewaktu AJL34, persembahan dari penyanyi Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu Sumpah pada ketika itu menjadi kontroversi gara-gara simbolik darah yang dianggap sebagai paparan elemen bunuh diri di atas pentas.

Terkenal dengan fesyen dan persembahan yang kreatif di setiap acara berprestij, Aina bagaimanapun mengakui peristiwa berdarah itu menjadi permulaan terbesar buatnya dalam industri muzik tanah air.

“Alhamdulillah, peristiwa berdarah itu saya rasa is one of the biggest blessing untuk saya dalam karier saya. Tak sangka kerana kontroversi itu melonjakkan nama saya, memberikan satu sinar baru untuk saya kerana sebelum itu saya dah lama dalam industri, tapi sangat struggle.

“Bila kita nak buat comeback balik tu sangat susah. Jadi, kontroversi berdarah itu membuatkan nama saya dikenali. Malam itu adalah malam yang orang kata malam yang bersejarah untuk saya, Alhamdulillah,” katanya kepada XTRA.

Menurut Aina, konsep darah yang dipamerkan sewaktu persembahan tersebut merupakan gambaran kepada hati seorang wanita yang terluka kerana kesal kerana telah menyakiti lelaki yang dicintai.

“Apa yang jadi sebenarnya, walaupun malam itu kontroversi, tapi saya dan team saya decide untuk adakan elemen darah tu sebenarnya bukan untuk memaparkan elemen bunuh diri di atas pentas.

“Sebenarnya, maksud asal persembahan itu adalah sebagai simbolik hati yang terluka kerana lagu Sumpah itu mengisahkan seorang wanita yang menyesal dengan apa yang dilakukan.

“Jadi, darah itu adalah hatinya yang terluka. Beliau sebenarnya meminta maaf kerana telah melukakan lelaki itu.Tapi setiap orang mempunyai cara untuk mentafsirkan sesuatu seni dan saya tak sangka orang akan memandangnya dari sudut negatif,” jelasnya.

Biarpun dirinya akur dirinya tidak memperoleh sebarang kemenangan pada malam itu, Aina mengakui dirinya tetap bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaiannya ketika itu.

“Bila kita fikir balik, tiada apa yang saya akan ubah untuk persembahan saya, saya sangat berpuas hati dengan persembahan Sumpah malam itu.

“Walaupun tak menang apa-apa, saya anggap kontroversi dan feedback orang malam itu sebagai the real victory untuk Aina Abdul, kemenangan dan satu hadiah dalam karier ini.

“Jadi, saya bersyukur sahaja dengan apa yang dah berlaku. Kalau fikirkan balik, dulu saya sedih tapi sekarang saya dah lupakannya dan saya sangat gembira. Alhamdulillah, ada tempat untuk saya dalam industri ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Dalam perkembangan lain, Aina bakal mempertaruhkan lagunya yang berjudul Terus Hidup di pentas AJL37 yang akan berlangsung pada Ahad ini, 12 Februari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: #ThrowbackXTRA: Indah Ruhaila Imbau Momen Chandelier Jatuh Di Pentas AJL29

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 May 2018

Kren Tumbang Di Masjidil Haram

Pada tahun 2015, dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan seramai 111 nyawa manakala 394 lagi cedera.

Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Setanding Drama Korea, Babak Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali Jadi Bualan Penonton

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali kini menjadi fenomena apabila gandingan mantap Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim ternyata tidak mengecewakan. Terbaharu, seorang pengguna memuat naik video reaksinya terhadap satu babak dalam drama Sekali Lagi Cinta

Trending Thu, 31 May 2018

Fuh…Setengah Juta Peminjam PTPTN Boleh Tarik Nafas Lega!

Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam  yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Trending Tue, 7 Mar 2023
Trending Thu, 14 Jan 2021
Hiburan Sun, 5 Aug 2018

Gempak! Ruffedge Pukau 5000 Penonton Di KL Live

Bayangkan, waktu tak terasa langsung berjalan dengan iringan lagu yang menggamit nostalgia penonton. Jeritan dan nyanyian penonton bergema tidak berhenti dari mula hinggalah ke akhir persembahan. Meriah sungguh!

Featured Sat, 17 Jul 2021

Jom Semak! Pemohon i-Citra Kini Boleh Semak Status Kelulusan Permohonan

Umum maklum, permohonan i-Citra KWSP sudah dibuka bermula 12 Julai lalu. Ramai pemohon yang ternanti nanti keputusan permohonan mereka. Justeru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan melalui laman web rasmi berkaitan status permohonan

| Live TV