“Tiada Dendam, We Keep It Professional” – Tyra Kamaruzzaman Senang Bekerja Dengan Bekas Teman Lelaki

Pempengaruh jelita, Tyra Kamaruzzaman mengakui tidak ‘awkward’ bekerja dengan bekas teman lelaki yang juga merupakan anak Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Aazief Khalid.

Menurut Tyra, perkara tersebut telah berlalu empat tahun lalu dan mereka sekarang hanyalah sekadar rakan perniagaan Beautyra.

“Dah lama dah sebenarnya, dah empat tahun dah. I think if you learn to let go of the past, sangat senang untuk bekerja dengan someone yang you had a past with,” katanya.

Tyra dijumpai semasa majlis pelancaran produk terbaru Beautyra yang berkolaborasi bersama Disney di Lightbox Sungai Buloh, semalam.

Tambah Tyra, dia sudah mengenali Datuk Seri Siti Nurhaliza dan seluruh keluarganya sejak dari kecil lagi dan sudah menganggap mereka sebagai keluarga sendiri.

“Daripada sekolah lagi, balik sekolah pun jumpa kadang-kadang pergi rumah mereka, so they are already like a family to me.

“Even though things did not work out between me and Aazief, we keep it professional. Pada Tyra, kerja adalah kerja, personal tu let bygone be bygone.

“Kita pun dah besar and we know that this is work, so kami tidak ada berdendam, we keep it professional.

“Everyday pun memang we see each other dekat office and it is not a problem. Bekerja dengan dia (Aazief) sangat senang,” kata Tyra.

Apabila disoal sama ada hubungan mereka akan kembali semula bersama, Tyra menolak perkara terbabit dan mengatakan dirinya sudah berpunya.

Maya Basir