Hiburan By: SGMS Faida November 22, 2018 @ 10:08am

Tiada Lagi Gelaran ‘Jomblo Popular Indonesia’, Baim Wong Sebak Di Majlis Bersiram

Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong menjalani proses bersiram menjelang pernikahannya dengan model Paula Verhoeven.

Baim yang digelar pengerusi ‘lelaki-lelaki single’ Indonesia sebelum ini dilihat menangis ketika membasuh kaki kedua orang tuanya.

“ Saya sebak teringat segala kesalahan yang pernah saya lakukan sebelum ini dan pengorbanan mereka selama ini.

“ Iya… syurga ada di telapak kaki orang tua, sudah tentu saya menangis. Situasi ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Baim juga mengaku pernah mengambil wang orang tuanya tanpa izin.

“ Apa yang saya bilang semuanya benar. Apa yang saya akui akan saya ganti. Jujurnya saya memang sedih terkenang hal yang lalu,” katanya.

Baim Wong bakal melangsungkan perkahwinan hari ini bersama kekasihnya yang juga seorang model terkenal Indonesia, Paula Verhoeven selepas tidak sampai setahun bercinta.

Mereka bertunang pada Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula sendiri. -Bintang.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 13 Sep 2023
Featured Sat, 10 Sep 2022

[VIDEO] “Apa Tahi Kau Letak Muka Aku Ni?” – Buat Rawatan Muka, Reaksi Spontan Mas Idayu Buat Netizen Berdekah!

Alahai… kelakar min tengok reaction Mas Idayu 😂 Nak cantik punya pasal pasrah je la, nanti kahwin confirm berseri-seri ❤️

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Mulianya! ARMY Sumbang Puluhan Ribu Kepada Pertubuhan Amal

Penangan BTS memang power. Teruskan Army!

Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Zizan Razak Dah Popular Di Indonesia?

Peminat dan media di Indonesia dah mula kenal dan menyapa saya…

Hiburan Tue, 14 May 2019
Hiburan Mon, 3 Dec 2018