Hiburan By: SGMS Faida August 20, 2019 @ 7:01pm

Tiada Lagi Konsert Afgan Di KL?

Penyanyi Afgan memaklumkan bakal berehat seketika selepas tamat konsert Inspirasi Afgan di Kuala Lumpur, Oktober depan.

Menurut Afgan ketika ditemui di sidang media pagi ini, dia mahu mengambil cuti panjang selepas mengharungi jadual padat sepanjang tahun ini.

“Sudah tiba masa saya berehat sebentar. Ini kerana sepanjang 11 tahun berada dalam industri seni, saya tidak pernah bercuti panjang.

“Tiga tahun berturut-turut saya datang ke Kuala Lumpur mengadakan konsert. Saya kira sudah tiba waktunya untuk saya ambil cuti,” kata Afgan.

Berkongsi mengenai persiapan menjelang konsert 5 Oktober ini, pelantun Terima Kasih Cinta ini menjanjikan beberapa kelainan dalam kunjungan kali ketiga di pentas berskala besar tahun ini.

“Yang pasti segalanya baharu termasuklah susunan lagu, pemuzik, pemilihan lagu dan banyak lagi.

“Paling utama, saya dan Dato Sheila Majid bakal berduet dengan beberapa pilihan lagu terbaik. Sebelum ini, kami tidak pernah membawakan lagi Bawalah Cintaku secara live di mana-mana persembahan konsert sebelum ini. Besar kemungkinan, beliau juga akan menyanyikan lagu saya cuma judulnya belum tahu,” kongsinya.

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 akan berlangsung di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur pada 5 Oktober nanti.

Konsert anjuran Popcorn Studio Sdn Bhd dijual pada harga RM299 hingga RM1,200.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Hiburan Thu, 3 May 2018

Sangkal Gosip, Mana Ada Ustaz Don Kahwin Dua!

Tambah Ustaz Don, beliau secara jujur memberitahu ini pertama kali dia mendengar gosip isu poligami melibatkan dirinya.

Featured Tue, 10 Jan 2023
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Siapa Cepat Dia Dapat’- Ifa Raziah Nafi ‘Sailang’ Penganjur Lain

Saya faham dengan keadaan para peniaga yang perlu mengambil-kira soal kos dan untung. Jadi saya tidak akan terlalu ‘menekan’ mereka.

Hiburan Fri, 15 Mar 2019
Featured Tue, 8 Mar 2022
Featured Tue, 4 Oct 2022