Hiburan By: SGMS Faida May 24, 2019 @ 11:24am

‘Tiada Persiapan Raya Tahun Ini’- Anzalna Nasir

Pelakon Anzalna Nasir memaklumkan persiapan menyambut bayi yang bakal lahir sudah 80 peratus siap.

Anzalna ketika ditemui Xtra memberitahu dia juga tidak melakukan persiapan Raya tahun ini memandangkan fokus diutamakan kepada bakal anak.

“ Tiada persiapan Raya seperti selalu kerana semua tumpuan terarah kepada bakal baby boy yang bakal lahir bila-bila masa.

“ Doktor juga nasihatkan saya agar lebih kerap duduk rumah. Kaki pun dah cepat kebas. Insha Allah jika diizinkanNya, saya bakal bergelar ibu pada Hari Raya ini,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Nona Roguy di PWTC, malam tadi.

Dalam pada itu, suaminya, Hanif Zaki memberitahu dia dan Anzalna masih dalam proses memilih nama untuk bayi lelaki pertama mereka ini.

“ Nama dah ada cuma belum muktamad. Kami masih senaraikan beberapa nama yang sesuai. Susah juga nak pilih nama anak rupanya,” kata Hanif tertawa.

Anzalna dijangka melahirkan anak pada awal Jun ini di Hospital Gleanagles dan memilih bersalin secara normal jika diizinkanNya.

Anzalna dan suami, Mohamad Hanif Mohamad Zaki berkahwin pada 21 Februari 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Anugerah DFKL 2019 Malam Ini, Siapa Pilihan Korang?

Malam Anugerah DFKL 2019 bersiaran langsung pada 7 April (malam ini) dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my.

Featured Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

萧敬腾「娱乐先生」世界巡演 7 月登入大马

「金曲歌王」萧敬腾确定今年 7 月来马开唱!

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

八度空间电视剧《假面2》收视报捷!

正于八度空间热播的『原创强档』中文电视剧《假面2》随着剧集的播出后频频报捷,收视再创新高!

Events Fri, 21 Oct 2022

IMAGI Kembali Dengan Single Puteri Kayangan

Nama mereka mungkin tidak segah band-band rock yang sedia ada di negara kita, namun bagi band rock indie, IMAGI, perkara tersebut bukanlah penghalang bagi mereka untuk terus berkarya. Terbaharu, IMAGI tampil dengan single keduanya berjudul

| Live TV