Hiburan By: SGMS Faida August 15, 2018 @ 6:38pm

Tiada Sebab Beto Tolak Tawaran Berlakon KLGU

Wow! Gandingan Beto Kusyairy dan Ezzaty Abdullah dalam drama bersiri, KL Gangster Underworld ternyata menampilkan persembahan luar biasa.

Filem arahan Faizal Ishak ini menengahkan kisah kumpulan gangster di bandaraya Kuala Lumpur turut membariskan beberapa watak utama yang dimainkan oleh Azhan Rani, Nabila Huda, Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan dan Daniella Sya.

Jalan cerita KL Gangster: Underworld mengambil tempat selepas kejadian dalam “KL Gangster 1” selepas kumpulan gengster berpecah dan ketua-ketua meringkuk di penjara atau mati.

Bagi pelakon Beto Kusyairy, tiada sebab untuk dirinya menolak tawaran berlakon dalam naskah hebat terbitan Skop Productions ini.

“ Menerusi KLGU menggabungkan kombinasi pelakon hebat yang juga sahabat baik (Zahiril dan Azhan Arani) saya di luar. Sudah tentu perjalanan penggambaran drama ini membawa seribu pengalaman buat saya secara peribadi.

“ Jujur saya akui penggambaran drama ini sangat memenatkan. Maklum saja ia merupakan filem aksi namun kebersamaan kami dalam naskah epik ini membuatkan tempoh penggambaran berjalan tidak terasa lama,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran KL Gangster Underworld di Suzie Wong, hari ini.

Beto membawa watak sebagai Shah, seorang ahli kumpulan gengster cuba keluar dari dunia jenayah, namun satu insiden telah membawanya kembali ke jalan lama. Sementara itu, ancaman baru yang lebih hebat mula timbul dan memulakan era baru KL Gangster.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Mar 2022
Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Selebriti Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Sat, 14 Dec 2019

Resepsi Eizlan, Natasha Penuh Istiadat

Seperti pinang dibelah dua!

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Bila Nabila Huda Gelak Tak Ikhlas…

Abil gelak tak ikhlas kat siapa?

Featured Thu, 22 Dec 2022

“Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Amboiiii, sedap mulut ek cakap Puteri Sarah nak harta suami 😵‍💫 She wanita bekerjaya okayyy 🤩🤩