Featured By: Atiqah Johari April 30, 2022 @ 4:17pm

“Tiba-Tiba Check Akaun, Kosong! – Cik Jenny Menangis Duit Simpanan Dalam Akaun Lesap Dikebas Bekas Kekasih

Seorang pempengaruh media sosial, Cik Jenny berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menangis teresak-esak kerana duit simpanannya habis dikebas oleh bekas kekasihnya.

Lebih menyentuh hati, duit simpanan tersebut hendak digunakan bagi membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari sahaja lagi. Menurut Jenny, duit simpanan tersebut adalah merupakan hasil titik peluhnya membuat review di media sosial dan duit kerjanya.

Menerusi video berdurasi dua minit tersebut, dia meluahkan perasaan sedih dan kecewa kerana baru sahaja menyedari beberapa hari lalu yang duitnya sudah lesap selepas dia cuba untuk mengeluarkan wang tersebut di mesin ATM.

“Aku ada dua akaun bank, satu Bank Islam… kedua CIMB. Tapi aku banyak menyimpan dalam Bank Islam dan tinggalkan sikit dalam CIMB untuk elakkan aku boros.

“Semalam sejak pukul 5 petang hingga pukul 10 malam, aku nak cari bank area sini sebab semua ATM sudah kehabisan duit… dalam keadaan hujan lebat.

“Tiba-tiba apabila aku cek akaun, kosong! Dalam tu semua duit review, duit kerja,” katanya dalam video.

@cikjennyDaripada malam tadi lagi aku nak nangis tapi takboleh nangis depan adik adik aku. Takboleh tunjuk sedih depan diorg. Tapi aku kena share benda ni kat kaum wanita supaya takterjadi dekat korang😔 Salam kosong acc bank, salam hari raya❤️♬ original sound – Cikjenjenny

Insiden yang menimpa dirinya ini adalah berpunca daripada bekas teman lelakinya dan dia menjelaskan bahawa dia pernah berkongsi maklumat mengenai akaun banknya dengan lelaki tersebut semasa mereka masih dalam hubungan cinta.

“Sebelum ini aku bercinta dengan seorang lelaki, Bank Islam ada online transfer tapi kod TAC pakai nombor telefon saya yang lama. Dulu kami bertukar nombor telefon.” ujarnya.

Untuk mendapatkan kepastian, Jenny menghubungi kakak kepada bekas teman lelakinya itu selepas insiden ini.

“Kakak dia beritahu, dia ambil duit itu sebagai balasan Jenny tinggalkan dia dan barang-barang yang dia belikan dulu… Jenny kena bayar balik.

“Dia cakap dia ada hak ke atas duit tu sebab dia dah banyak habiskan duit pada Jenny.

“Rupa-rupanya dia dah bagi tahu awal-awal pada kakak dia, kalau aku hubungi nanti beritahu macam tu. Aku malas nak besarkan isu ni sebab dia sudah berkahwin dan ada anak,”

Jenny juga meluahkan perasaannya yang dia belum membeli baju raya dan sudah empat tahun tidak dapat pulang beraya di kampung halamannya.

Bagi mengelakkan insiden ini berlaku kepada wanita lain di luar sana, Cik Jenny menasihati supaya tidak terlalu mempercayai kaum lelaki sepenuhnya untuk berkongsi maklumat peribadi seperti ini.

“Bukan semua lelaki begitu… buat kaum wanita, jangan pernah expose duit kita ada berapa banyak dekat pasangan sebab duit itu nanti akan tolong kita. Aku tak salah dia seorang tapi siri aku sendiri sebab memang bodoh. Aku tak expect langsung yang dia boleh buat macam tu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Jenny untuk membuat laporan polis dan ambil tindakan terhadap lelaki tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 17 Jan 2018

MENARIK! ELEMEN FESYEN DALAM TROFI AJL32?

Dengan tema Fesyen Dan Muzik. Evolusi Ekspresi dan Identiti bakal menampilkan sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017

Featured Sat, 8 Dec 2018

Manfaat Menggeliat Yang Anda Tak Tahu

Bila anda tahu manfaat ini, anda akan menggeliat dengan bergaya setiap hari!

Hiburan Sun, 12 May 2019

Dua Bulan Belajar Tentang Celebral Palsy, Naim Daniel Puas Hati Bawa Watak Budi

Naim menganggap watak Budi antara tawaran dan pencapaian terbesar dalam karier seninya.

Featured Tue, 3 Jul 2018

Ini Adalah 23 Gaya Penampilan Fesyen Terbaik Oleh Puteri Diana

Nampak macam lebih daring daripada Kate Middleton atau Meghan Markle.

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Wed, 21 Aug 2019
familuv Tue, 5 May 2020

The Rock didera anak perempuan

Sanggup nyanyikan lagu sama beribu kali demi anak