Tidak Lagi Berselindung, Shuib Wish Ulang Tahun Hari Jadi Watie – “Patut Lah Kata Ada Birthday Orang Special”

Terdahulu, pelawak dan usahawan, Shuib menonton konsert Lah Ahmad bersama Watie dan tidak lagi berselindung tentang hubungan rapat mereka.

Terkini, menerusi hantaran Watie di Instagram, Shuib meninggalkan komennya dengan ucapan selamat ulang tahun ke-35 buat wanita itu pada hari ini.

“Selamat Ulang Tahun,” tulis Shuib beserta emoji seakan-akan malu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengusik mereka agar cepat mendirikan rumah tangga.

“Jangan tunggu lama-lama bang.

“Ib jangan tunggu lama-lama nanti disambar orang.

“Cepat-cepat pergi pinang dia Shuib. Lawa sangat ni. Semoga berjodohan. Amin,” ujar netizen.

Selain itu, terdapat pengikutnya memberitahu Shuib ada menyebut tentang hari jadi seseorang istimewa di sebuah stesen radio tempatnya bekerja pada hari ini.

Maya Basir