Hiburan By: Salma Syahbuddin July 25, 2018 @ 8:52am

Tidak Mahu Ulang Kesilapan, Maya Karin Makin Memilih

Walaupun namanya agak tidak menonjol beberapa tahun ini namun, pelakon cantik ini mengakui dirinya kini semakin memilih sebelum menerima mana-mana tawaran lakonan walaupun bayarannya cukup lumayan.

Bagi Maya Karin, pengalaman lalu banyak mengajar dirinya untuk menjadi lebih baik dan bijak dalam menerima sebarang tawaran. Kerana menurutnya, naskah yang baik mampu menjadikan seseorang pelakon itu lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan watak yang diberikan walaupun ianya agak payah.

“Saya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu selepas kemunculan filem pertama, Seri Dewi Malam dan No Problem pada tahun 2001. Ia menjadi pengajaran terbesar buat permulaan kerjaya lakonan saya. Saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak sesekali menerima projek filem kerana duit.” 

“Saya belajar daripada pengalaman silam untuk berada pada tahap ini. Tiada guna mengejar duit tetapi reputasi dan kredibiliti tidak dapat dipertahankan.” Katanya

Tidak menerima tawaran lakonan sepanjang tempoh empat tahun, bukan bermakna Maya Karin tidak mendapat tawaran langsung. Tetapi tawaran tersebut menurutnya tidak kena dengan jiwa. 

” Memang banyak undangan diterima, tetapi tidak sesuai dengan jiwa. Bukanlah juga saya bersikap terlalu memilih, tetapi itu kehendak diri. Saya berlakon bukan kerana duit, sebaliknya saya mahukan kepuasan…”

” Jika ditawarkan RM20 juta sekalipun untuk membintangi dua atau tiga filem yang tidak berkualiti, saya tidak akan menerimanya. Bagi saya nama dan reputasi terlalu mahal harganya.” Jelasnya

Terbaharu, Maya Karin akan muncul dengan filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof yang pastinya amat dinanti-nantikan oleh para peminat filem Malaysia. 

Filem ke-10 arahan Syamsul Yusof ini akan menemui peminatnya di pawagam pada 30 Ogs depan. Antara pelakon yang turut membintangi filem ini ialah, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Mawi, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 16 Aug 2018

2018 Asian Games Torch Lights Up Jakarta Stop

The ceremony was very bright and colourful too.

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Isu Boikot, Fasha Sandha Selesa Tak Beri Komen Lanjut – “Terus Doakan Mereka”

Fasha mohon orang ramai tak henti titip doa untuk mereka di Palestin.

Featured Wed, 21 Jul 2021

Beri Kebenaran Kilang Beroperasi Jika 80 Peratus Pekerja Lengkap Dos Kedua

Kerajaan sedang mengkaji untuk memberi kelonggaran kepada syarikat atau kilang yang 80 peratus pekerjanya sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin untuk beroperasi semula. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  perkara itu masih […]

Featured Wed, 19 Jan 2022

Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dibenarkan

Jaga SOP & jaga keselamatan orang yang tersayang!

Featured Tue, 6 Dec 2022

Netizen Teringin Nak Lihat Penampilan Berhijab… Uqasha Senrose Terima Teguran, Mohon Doa

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menerima teguran netizen yang teringin untuk melihatnya berhijab. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Uqasha memuat naik foto lama dan turut memuji rambutnya yang dahulu berwarna hitam serta lebat. “Hahaha abang @ridzokumura !! […]