Hiburan By: Salma Syahbuddin March 19, 2018 @ 1:22am

“Tidak Terkesan Dengan Video Sindir Neelofa” – Fazura

Pelakon dan usahawan yang memang cukup cantik ini bukan sahaja dilihat begitu bahagia bersama suaminya, Fattah Amin malah, Faz dilihat makin terbuka dan positif apabila dikemukakan tentang isu berkenaan video Neelofa yang dikatakan menyindir beliau. Bagi Faz, beliau enggan mempedulikan isu tersebut dan menganggap andai sindiran itu berbentuk provokasi bertujuan untuk mengusik emosinya, beliau sama sekali tidak terkesan langsung.

“Saya tidak mahu bercakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya, terpulanglah. Kalau betul sekali pun ada pihak berniat berbuat demikian seperti didakwa, perkara itu tidak langsung memberi kesan terhadap diri saya.”

Faz ketika ditemui pada majlis One Music Live Session bersama Fazura dan peminat di Le Meridien, Kuala Lumpur turut memperkenalkan produk bulu matanya, Be Faz. Namun, ada yang turut menyamakan jenama itu dengan produk Neelofa iaitu Be Lofa. Tetapi, bagi Faz beliau tidak kisah langsung untuk berkongsi jenama dan produk tersebut kerana ia sudah diperkenalkan semenjak 2017 lagi. 

“Kalau ada orang lain nak gunakan jenama itu pun tak mengapa. Saya okay saja jika nak berkongsi nama dan idea. Saya sedar dengan timbulnya perkara itu, saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain.” Jelasnya.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Sep 2022
Hiburan Tue, 3 Oct 2023

Lalui Pengalaman Pahit Masa Kecil, Janna Nick Tebus Luka Zaman Kanak-Kanak Dalam Teater?

Kita tak dapat mengubah masa silam, tapi kita boleh ubah nasib kita sekarang

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
LIFESTYLE Wed, 1 Aug 2018

No Problem! Ulang ‘Mantera’ Ini Ketika Berdepan Masalah

Memegang watak sebagai kawan baik Othman, karakter Lum bakal ‘mencengkam’ fikiran sesiapa yang sudah menonton filem ini. Sehinggakan sesiapa yang keluar daripada pawagam pasti akan bertanya, ‘ Eh, siapa pegang watak Lum tadi tu eh?’

Fab Foodies! Wed, 8 May 2019

Serius Ke? Sajian Buffet Ramadhan Serendah RM 88 Di Dorsett Kuala Lumpur!

Wah, buffet Ramadhan RM 88 per person di Dorsett Kuala Lumpur! Jom try!

Hiburan Fri, 4 Oct 2019