Featured By: Salma Syahbuddin June 18, 2024 @ 1:12pm

Tiga Remaja Lelaki Diculik, Dipukul & Gambar B*gel Dirakam

Kejadian tiga remaja lelaki diculik oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di sebuah pasar raya yang terketak di Johor Bahru baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai pihak.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 6.45 pagi semalam.

“Mangsa mendakwa didatangi 10 lelaki termasuk seorang dikenali dan dilarikan dengan tiga kereta ke sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.

“Suspek memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkan gambar itu sekiranya kejadian itu terbongkar.

“Suspek kemudiannya melarikan diri bersama-sama dengan barangan peribadi milik mangsa dan meninggalkan mangsa di lokasi yang sama,” katanya.

Kata Balveer Singh, mangsa yang cedera turut mengalami kesan lebam dibahagian muka dan tangan.

Susulan insiden berkenaan, polis telah menahan empat lelaki warga tempatan termasuk tiga juvana berusia antara 15 hingga 20 tahun di kawasan Skudai pada 8 malam pada Isnin.

“Turut dirampas kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini, polis turut menemui semula barangan milik mangsa.

“Keempat-empat suspek direman empat hari bermula hari ini hingga Khamis,” jelasnya.

Dalam pada itu, Balveer Singh memaklumkan kes kini disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Katanya, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.

“Usaha mengesan beberapa suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini agar menyalurkan kepada pegawai penyiasat di talian 013-6062618,” kongsinya.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Syahrini Bakal Jadi Ibu?

Kalau betul bagai apa dikata, Alhamdulillah…

Events Wed, 24 Jan 2018

NO DATE FOR VALENTINE’S DAY? WHY NOT JOIN THIS DATING EVENT

Still single, available and up for an adventure? Come join this dating event then. Oh, it’s also for charity!

Featured Mon, 11 Oct 2021

“Bukan Mudah Untuk Tarik Perhatian..” – Kendalikan ABPBH 34 Secara Solo, Sherry Alhadad Akui Gementar

Pengacara berbakat, Sherry Alhadad kembali mengemudi pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 sebagai pengacara buat tahun ini. Menerusi sidang media maya ABPBH 34, Sherry mengakui perasaaan bercampur baur apabila mendapat tahu bakal mengendalikan majlis […]