Hiburan By: Padin July 19, 2022 @ 7:50am

Tiket Konsert 30 Years Live in Kuala Lumpur Licin Dalam Masa 1 Jam, Dewa 19 Tambah Lagi 1 Malam!

Bagaikan pisang goreng panas.

Itu perumpamaan yang dapat menggambarkan keadaan penjualan tiket Konsert Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 10 September ini.

Mula dilancarkan pada jam 11 pagi semalam (Isnin), penjualan tiket konsert yang akan diadakan di Axiata Arena ini mendapat respons luar biasa sehingga kesemua tiket berharga serendah RM148 hingga RM488 telah habis terjual dalam masa satu jam.

Menjengah ke akaun Instagram vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani, rata-rata peminat kecewa kerana masih ramai yang tidak dapat membeli tiket konsert terbabit.

Menggambarkan perasaan mereka sebagai ‘sedih’ dan ‘kempunan’, ada antara peminat yang mencadangkan agar konsert itu diadakan selama dua malam.

Bagi mengubati resah peminat, Dewa 19 bakal menjadikan konsert terbabit berlangsung untuk dua malam iaitu pada 9 dan 10 September.

Penjualan tiket bagi 9 September bakal bermula jam 3 petang ini di www.ticket2u.com.my/dewa19

Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang turut meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

Denagn slogan ‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’, Ahmad Dhani berjanji persembahan kali ini akan diserta beberapa bekas anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.

Selain itu, Ahmad Dhani turut menghimpunkan empat vokalis Dewa 19, Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello di atas satu pentas!

Konsert 30 Years of Dewa 19 akan berlangsung pada 9 dan 10 September 2022 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

ASYIK STORYLINE SAMA JE, BOSAN! BETO KUSYAIRY BENGANG

Lumrah, apabila ramai peminat cerita dan filem melayu semakin beralih arah kepada cerita-cerita luar negara yang agak luas konteks pemikirannya jika dibandingkan dengan filem-filem tempatan

Trending Sat, 17 Oct 2020

Menang Anugerah Asian Academy, Ejen Ali The Movie & Alif Sofia Cipta Sejarah

Siri animasi popular, Ejen Ali The Movie dan Alif & Sofia berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul kemenangan pada Asian Academy Creative Awards 2020, semalam Ejen Ali the Movie berjaya memenangi kategori Arahan Terbaik (Fiksyen) menerusi

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Suara Dikritik Macam Tercekik Sudu, Ezuwan Ismail Terasa Hati?

Betulke Ezuwan sentap dengan kenyataan seorang pelakon terkenal sebelum ini?

Hiburan Sun, 6 May 2018

Tasha Tetap Jadi Diri Sendiri!

Saya tahu diri saya macam mana dan ini antara saya dengan Tuhan. Saya tetap sama…

Events Sun, 14 Nov 2021

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih

Trending Mon, 19 Apr 2021
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tahniah! Elvina Mohamad Bakal Jadi Ibu

Tulisnya, dia mengucapkan kesyukuran dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakannya bersama suami. Alhamdulillah…Tahniah Elvina dan suami!

Trending Mon, 21 Jun 2021

Kisah Neelofa Jadi Inspirasi Bantu Pesakit Covid-19

Tindakan selebriti dan usahawan popular Neelofa yang menyumbang RM90,000 untuk membeli katil elektronik bagi membantu pesakit Covid-19 menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama. Baru-baru ini, Asri Ahmad Academy bersama Murtadha Dakwah

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Dapat Kejutan, Untungnya Jadi Elfira Loy!

Tak sabar nak tengok Elfira jadi ibu!

| Live TV