[VIDEO] “Time Is Dying?”- Hilang di Los Angeles, Marshanda Ditemui Di…

Kecoh baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Marshanda dimaklumkan telah hilang di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Berita tersebut dikhabarkan oleh rakannya, Sheila Salsabila menerusi satu video perkongsian di Insta Story miliknya pada Isnin.

“Warga Indonesia hilang di Los Angeles, California, AS. Dia tengah berada dalam Manic Episode (Psikosis: Keadaan pikiran yang berubah-ubah – gangguan bipolar),” tulis Sheila di media sosial.

Sehubungan itu, Sheila ada memuat naik video bersama Marshanda yang dikatakan kali terakhir sebelum hilang.

Video tersebut memaparkan mereka berada di dalam sebuah kereta bersama dengan seorang lelaki yang bernama David.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis oleh Sheila.

“Ini video terakhir kami. Ada yang faham Caca (Marshanda) cakap apa? Time is dying?,” tulisnya.

Susulan kejadian tersebut, Sheila turut meminta bantuan daripada Presiden Jokowi dan Joe Biden untuk mencari Marshanda.

“Mohon bantuan Pak Jokowi, kemarin dia sebut nama Bapak dan presiden Joe Biden,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, selepas berita kehilangan Marshanda tersebar di platform media, Sheila memberitahu bahawa Marshanda telah ditemui selepas hilang selama dua hari.

“Marshanda telah ditemui. Tapi dia ditemui di kawasan yang sangat bahaya dan terkenal dengan aktiviti dadah, rompakan, gelandangan serta pelacuran.

“Tapi dia dalam keadaan baik saat ini,” kongsinya.

Untuk makluman, Marshanda merupakan penghidap Bipolar dan baru-baru ini juga didiagnos memiliki tumor payudara.

Atiqah Johari