Hiburan By: Salma Syahbuddin February 16, 2019 @ 7:00am

Tinggalkan Konti Hot FM Buat Netizen Sebak, Ramai Rupanya Yang Sayang Ammar

Kalau sebelum ini #JejakaDIA seolah-olah kesinambungan nama antara tiga jejaka Hot yang sering menjadi penghibur menerusi ruangan radio. Namun kali ini, Ammar atau nama penuhnya Azizul Ammar Abu Hassan akhirnya menamatkan tugasan beliau sebagai seorang penyampai radio di Hot FM. 

Video berdurasi satu minit yang dimuat naik menerusi akaun instagram miliknya itu, kelihatan mengundang perasaan sebak dikalangan rakan-rakan yang terlibat dalam karier beliau secara langsung mahupun tidak langsung.

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum semua. Maka tamatlah masa saya yang dipinjamkan Allah untuk saya berkhidmat di @hotfm976 . Terima kasih semua dari yang kat office hingga kat studio bawah. TERIMA KASIH SEMUA! Thank you so much @donkrel sebab bagi aku rasa peluang bekerja sebagai penyampai radio ni dulu. Minta ampun minta maaf atas segala salah silap saya. Saya manusia biasa yang tak lari daripada buat kesilapan. Kepada adik beradik saya @shuk_hotfm @fizie_hotfm @zetty_hotfm @el_hotfm @haziq_hotfm @sarancak terus buat orang tersenyum ok. @ajakshiro kita masuk sama sama kita keluar sama sama. Saya mula kerja bertiga dgn @deen_hotfm dan @isseyfazlisham . Aku akan ingat #JejakaDIA sampai bila bila. Ending video tu aku bawak Kau sama sama sey sebab kita bertiga takkan dipisahkan. Saya minta diri dulu. ASSALAMUALAIKUM

A post shared by ?????? ????? (@armadaammar) on

Menurut Ammar, adalah berat untuk dirinya meninggalkan dunia penyiaran radio namun fokus terhadap bidang lakonan dan pengacaraan masih perlu diteruskan.
 
 
Mengakui setiap manusia itu melakukan kesilapan, Ammar bagaimanapun tidak menolak  sekiranya rezeki memihak kepada beliau untuk kembali semula ke konti.
 
” Giliran saya untuk mencari semula rasa cinta saya kepada dunia lakonan dan pengacaraan. In shaa Allah, berkat doa semua serta kerja keras , saya akan kembali berdiri atas kudrat yang ada” Katanya.
 
Tambahnya lagi, meninggalkan pekerjaan tetap pada masa kini adalah sesuatu yang berisiko tinggi. Terutamanya apabila mempunyai komitmen, namun Ammar percaya rezeki Allah itu luas.
 
Apapun, Xtra doakan semoga karier Ammar terus berkembang di luar sana okay!
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 24 May 2021

“Tak Banyak Boleh Ulas, Kes Masih Dalam Siasatan”- Neelofa Komen Isu Tidak Pakai Pelitup Muka

Selebriti dan pengacara, Neelofa hari ini dalam satu kenyataan kepada pihak media memberitahu bahawa dia telah memberikan kerjasama kepada pihak polis. Ia berikutan susulan kes yang mendakwa selebriti itu tidak memakai pelitup sewaktu dilihat hadir ke […]

Hiburan Thu, 3 May 2018

Gambar Bogel Adam Lee Dalam Aplikasi Homoseksual?

Gambar separuh bogel tersebut walaubagimana pun tidak pernah dilihat sendiri olehnya. Walaupun, ada diantara rakan-rakannya pernah bertanya mengenai hal tersebut

Hiburan Wed, 6 Dec 2023

Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

Ini penjelasan Warner Music berkenaan isu Kaka Azraff

Featured Tue, 15 Aug 2023
Featured Sat, 11 Mar 2023
#tilljannah Thu, 27 Oct 2022

“Sebelum Ini Tak Pernah Bersentuhan…” – Nana Sheme Akui Masih Kekok Pegang Suami

Penyanyi Nana Sheme selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Zikri Zakaria dalam satu majlis pernikahan di Damai Central, Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu. Memetik laporan Gempak, pemilik nama Nur Nabilah Hashimi itu mengakui dirinya agak […]

Featured Tue, 6 Sep 2022