Hiburan By: SGMS Fas July 2, 2019 @ 5:33pm

‘Tipulah Tak Takut’- Scha Alyahya Komen Isu Penceraian Rakan Selebriti

Pasangan selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari mengakui berita perceraian golongan selebriti sedikit sebanyak memberi kesan terhadap mereka.

Scha atau pemilik nama penuh, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata, perkongsian duka terbabit dijadikan peringatan bagi menjaga keharmonian rumah tangga.

“Bukanlah hendak menghakimi pasangan selebriti lain, cuma berita begini membuatkan saya sendiri pernah bertanya kepada Awal sama ada kami akan bersama selamanya. Tipulah jika tidak gusar, kerana ia berlaku dikalangan rakan selebriti satu industri.

“Pucuk pangkalnya, jodol dan ajal terletak di tangan Tuhan. Namun, sebagai suami isteri, kita harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan rumah tangga terus harmoni dan bahagia.

“Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda badai, cuma jika timbul masalah hanya dikongsikan bersama keluarga dan teman rapat sahaja. Tidaklah sehingga dikongsikan di sosial media sehingga dapat dihidu oleh netizen,” katanya kepada Xtra.

Scha mengulas mengenai berita perceraian dikalangan selebriti yang menjadi perbualan ramai kebelakangan ini ketika ditemui di Rumah Terbuka Schawal baru-baru ini, di sini.

Pasangan yang mendapat jolokan Posh dan David Beckham Malaysia itu mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia lima tahun.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 25 Dec 2022
LIFESTYLE Thu, 28 Mar 2019

The Capella Hotels & Resorts: A 5-Star Effort in Attaining Excellent Sustainability

The Capella Hotels & Resorts are committed to caring for the environment.

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Syamel Bengang Dicurangi?

Bila cinta didusta…

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

“Chemistry Kami Terlalu Kuat, Susah Nak Lari…”- Meerqeen Mahu Cuba Berlakon Dengan Aktres Wanita Selain Anna Jobling

Dah nama pun pelakon, mesti nak cuba banyak perkara 🥰 Apapun, Anna tetap dihati kannn hihiii ❤️❤️

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Tragedi Ice Skating, Isteri Lan Solo Terkejut Dapat Banyak Perkongsian!

Nur Sheila Hassim membuka masyarakat mengenai beberapa aspek yang tidak seharusnya dipandang remeh ketika bermain sukan luncur ais.

Selebriti Tue, 12 Dec 2023