Hiburan By: Padin June 13, 2024 @ 9:02pm

Titip Doa Yang Baik-Baik, Muaz Zabir Harap Bella Astillah Sabar Berdepan Ujian

Aktor drama bersiri Leha Leya Lawa, Muaz Zabir mendoakan agar rakan pelakon, Bella Astillah sabar dan tabah berhadapan dengan dugaan.

Menitipkan doa yang baik-baik untuk Bella, Muaz berharap agar ibu anak dua itu bertemu kebahagiaan selepas bergelar ibu tunggal.

Bella sah bercerai talak satu dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz di Bella di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 1.10 tengah hari tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

“Saya selalu mendoakan Bella agar dia menemui kebahagiaan dan boleh mengharungi cabaran serta dugaan kehidupan.

“Saya yakin Bella wanita yang kuat dan sama-sama kita doakan dengan statusnya sebagai ibu tunggal,” katanya.

Sudah lama tidak berkomunikasi dengan Bella yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan dirinya, Muaz mahu mengelak gosip berpanjangan.

“Nak cakap kawan pun tak, gaduh pun tak. Hubungan kami profesional dan hanya berkait soal kerja.

“Saya dan Bella hanya menjalani kehidupan masing-masing. Saya tak nak kenyataan saya diolah dan diputar belit oleh mana-mana pihak. Lebih baik saya diamkan diri,” katanya.

Muaz ditemui XTRA pada sidang media pelancaran drama Bawah Payung Awan di Lumi Tropicana Damansara, sebentar tadi.

Naskhah yang bersiaran di Viu itu merupakan adaptasi novel berjudul sama hasil karya novelis popular Liza Nur.

Selain Muaz, Bawah Payung Awan yang diterbitkan Global Station itu menampilkan lakonan Ben Amir, Nabila Razali, Nelissa Nizam, Amyza Aznan, Watie Sadali dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 8 Aug 2019

Parut Makin Hilang, Ini Perkembangan Terbaru Adik Ainul Mardhiah !

Semoga terus sihat ye adik Ainul Mardhiah sayang!

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Lizzy Mengaku Cepat Bosan Dengan Lelaki?

Mungkin belum bertemu jodoh yang sesuai kot Lizzy!

Trending Sun, 28 Aug 2022

“Bukan Gimik Murahan” – Zara Zya Perjelas Status Dengan Shuib

Minggu lalu, pelakon Zara Zya dan pelawak Shuib sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila masing-masing memuat naik satu rakaman video yang menimbulkan tanda tanya peminat tentang status mereka. Terbaharu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia […]

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Kenapa Agaknya Nama Baby J Jadi Bualan Netizen?

Wah! comel betul Baby J kan? Serupa nama yang diberi

Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Trending Mon, 29 Oct 2018

#UPDATE; Bukan Pesawat Lama, Lion Air Sahkan JT 610 Baru Diguna Sejak Ogos 2018

Pasukan mencari dan menyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barang milik penumpang pesawat berkenaan.

Kisah Viral Sat, 8 Jun 2024
Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Berdepan Masalah Teknikal, Konsert Repvblik and Friends Batal

Sepatutnya konsert terbabit bakal berlansung pada 20 Disember ini.