Titip Rasa Syukur, Sharifah Amani Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Pelakon Sharifah Amani dan suami, Ahmed Faris berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Menerusi hantarannya di Instagram, Amani menyatakan rasa syukur ke atas rezeki zuriat yang dikurniakan.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Di dalam video tersebut, Amani dan suami berkongsi momen-momen ketika memberitahu tentang kehamilannya kepada ahli keluarga, rakan-rakan artis dan sahabatnya.

Rata-rata mereka kelihatan terkejut dan gembira setelah mengetahui berita baik itu.

Namun, Amani atau nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 37, tidak berkongsi secara terperinci tentang kehamilannya.

Meninjau di ruangan komen, pelakon filem Sepet ini dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan peminatnya.

Malah, mereka juga turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan sepanjang proses kehamilan.

Untuk rekod, Amani dan Ahmed Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.

Maya Basir