Hiburan By: SGMS Fas March 20, 2018 @ 2:28am

T***k Fasha Pula Jadi Bualan!

Belum pun reda kisah buah dada besar Elly Mazlein yang menjadi perbualan netizen baru-baru ini, nampak gayanya pelakon, Fasha Sandha, 34,  pula diperkatakan.

Ini gara-gara ibu tunggal itu memuat naik gambarnya di Instagram   dalam aksi berpakaian tradisional India yang mungkin secara tidak sengaja memperlihatkan  bahagian ‘bukit bukaunya’ memandangkan gambar itu diambil pada sudut tinggi.

Pun begitu, ia tetap menjadi kecaman netizen walau pun tidaklah nampak sebesar Elly Mazlein kan!

Fasha berpakaian begitu  pada majlis meraikan malam berinai rakannya, pelakon Elvina Mohamad baru-baru ini.

Disebabkan tu, Fasha mendapat komen negatif lebih daripada postif,  namun khabarnya Fasha tidak mahu memadamkan  gambar tersebut malah tidak sedikit pun hirau dengan komen-komen liar berkenaan.

 

Kredit: Instagram Fasha Sandha.

Jika diperhatikan beberapa keping gambar lain,  tidak pun menampakkan ‘lurah’ yang dipersoalkan walau pun memang bahagian leher baju agak luas namun tetap nampak anggun dengan selendang di kepala.

Tetapi biasa lah, mulut orang mana boleh ditutupkan kan! Itulah harga menjadi seorang terkenal.. sabar sahaja lah Fasha!

Well! Semua pun tahu kan prinsip Fasha yang merupakan seorang yang teguh pada pendiriannya malah tidak mudah terganggu dengan sebarang kontroversi.

Dalam pada itu agak tertarik juga dengan tulisan Fasha sendiri berbunyi begini:

Apa maksudnya itu Fasha? Dah ada yang tersangkut di hati ke? Semoga Fasha bertemu jodohnya ya!

Pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan  ini mempunyai sepasang anak,  Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima,  hasil perkongsian hidupnya selama hampir empat tahun bersama bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Tue, 3 Mar 2020

[VIDEO] “You Know I’m Cut, Finished”—Netizen Pelik Kenapa Sajat Dan Pasangannya Berbual Macam Itik Dan Ayam

Bukan sahaja isi perbualan Sajat dan pasangan menjadi bahan perbualan ramai, malah cara “unik” mereka berkomunikasi juga menimbulkan tanda soal bagaimana mereka berbual sebenarnya.

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

“Mak Tak Kuasa Nak Layan Kau Semata-mata Layan Glamour Kau, Tanpa Pengisian Ilmu,” Cara Bonda Nasihat Aliff Syukri

Hubungan Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Sri Hajjah Nur Shahida Mohd Rashid yang sedang sarat mengandungkan anak mereka yang kelima, umpama retak menanti belah dan mereka dikatakan kini tinggal berasingan.  Dalam pada […]

Hiburan Mon, 8 Jan 2024
Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Fri, 9 Jun 2023

MonoloQue Selit Elemen Futuristik.. Batu Sumpah Sebagai Pemisah Dalam MV Lagu Cinta

‘Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri’ – Lagu Cinta, MonoloQue