Featured By: Salma Syahbuddin February 8, 2023 @ 7:44pm

“Toksah Lah Dok Mengata Orang, Yang Kita Kutuk Tu Pun Tak Rasa Apa…” – Syifa Melvin Kesal, Doa individu Mulut Puaka Diberi Hidayah

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin kesal dengan sikap segelintir individu yang gemar mengutuk orang lain.

Perkara itu dikongsi Syifa menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya pada Selasa.

Syifa berkata, biarlah seseorang itu sekadar mempunyai rupa paras yang biasa dan tidak berduit, namun tidak gemar mengutuk orang lain seolah-olah individu yang dikecam itu mempunyai kesalahan yang besar.

Bahkan, yang lebih parah apabila orang yang dikutuk itu tidak mempunyai kaitan dengan diri sendiri.

“Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biar lah tak berduit tera mana tapi, jangan lah mengutuk orang lain tak tentu hala. Macam orang tu, buat salah besar kat hang.

“Yang sedih dah lah kutuk, kita tak kenal pun orang tu dan orang tu pun tak kenal kita. Satu rasa rugi sebab sakit hati sorang, satu lagi rasa lawak,”  tulisnya.

Sementara itu, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29, mengingatkan, agar orang di luar sana  sentiasa menggunakan akal fikiran dan tidak berperangai toksik.

“Kita yang lain ni Allah SWT masih kurniakan akal yang waras. Masih boleh berfikir, punya hati yang baik tak payah lah nak mengata orang tu, orang ni okay.

“Orang yang kita kutuk tu tak rasa apa pun kat kita. Kita ja sorang dok bara tak semena-mena. Moga hidayah milik mereka yang berlidah puaka,” katanya.

 

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 5 Sep 2018

Ramli Sarip Tak Kesah Nyanyi Dengan BBNU

Beliau amat memilih lagu apa yang sesuai untuk dibawakan olehnya sebelum menerima tawaran

Events Fri, 1 Apr 2022

Pengeluaran Khas KWSP: Tarikh & Panduan Semakan Status Kelulusan

Bermula hari ini, permohonan bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP)  kini dibuka. Permohonan ini adalah untuk mereka yang layak dan memenuhi kriteria serta syarat yang diperlukan. Berikut merupakan syarat layak mohon pengeluaran

Trending Hari Ini Sun, 7 Jun 2020
Featured Fri, 25 Nov 2022
TECH Wed, 31 Oct 2018

Cara Menukar Tema Windows 10 Kepada Versi Gelap

Berikut kami kongsikan cara – cara untuk mengaktifkan tema versi gelap pada Windows 10 anda.

| Live TV