Hiburan By: Del14 October 15, 2019 @ 11:18am

“Tolong Hargai Saya..” – Afifah Nasir Kepada Hafreez Adam

Walaupun pernah digosipkan bersama, pelakon Hafreez Adam dan Afifah Nasir menafikan mereka pernah bercinta tetapi hanya berkawan rapat selepas bergandingan bersama di dalam drama Pengantinku Jatuh Dari Langit beberapa tahun lepas. 

Jadi baru-baru ini, Afifah selaku teman rapat Hafreez sanggup berulang-alik dari set penggambarannya di Hulu Langat untuk menghadiri majlis pertunangan pasangan pelakon, Hafreez Adam dan Zara Zya dan telah berkongsi momen itu di instagramnya. 

Congratulations beautiful lovebirds @hafreezadam @zarazya. Kepada sahabat baik ku @hafreezadam, bila saya kata saya sanggup lakukan apa saja demi kamu, saya betul-betul maksudkannya. 

“Berlari-lari dari set penggambaran ke majlis pertunangan kamu dan kembali ke set adalah satu perkara yang besar buat saya jadi, tolong hargainya. Hahaha

“Hulu Langat ke Kuang bukan perkara main-main ya, jadi sekali lagi, tolong hargai saya,” tulis adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini. 

Hafreez kemudian membalas kapsyen Afifah di ruangan komen dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada sahabatnya itu. 

“Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis kami dari Hulu Langat…dan membuatkan saya hantar kamu balik ke lokasi penggambaran.

“Tidak lupa juga, terima kasih @arizlufias kerana menjemput kamu di Hulu Langat dari Damansara dan bawa kamu ke majlis saya di Kuang dan hantar kamu balik ke set.

“Tapi hey, apa-apa pun, saya sangat menghargai kehadiran kamu. Terima kasih Fif!,” balas Hafreez. 

 

Hafreez dan keluarga telah merisik Zara Zya pada 8 September lalu dan pada 12 Oktober, mereka telah ditunangkan melalui satu majlis tertutup.  Majlis pernikahan pula akan berlangsung pada Oktober 2020, inshaAllah. 

Baca: Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Baca: Bakal Kahwin Tahun Depan, Zara Zya Tak Harap Ditaja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Cantiknya! Betul Ke Zulin Aziz Kahwin Pagi Ini?

Ia bukan gimik kerana lagu ini sudah lama siap dan patut dinyanyikan pada hari bahagia saya. Dengar tu, bukan gimik tau!

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Platform Bersepadu 28 Juta Masyarakat Malaysia

Langkah ini sekaligus memberi peluang kepada setiap rangkaian jenama dan pengiklanan untuk meraih pulangan komersial yang lebih tinggi melalui tayangan iklan tersebut di kaca TV

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Sandra Merajuk Bawa Diri Kerana Lagu Tak Laku?

Peminat tidak mahu menerima perubahan yang cuba dibawa Sandra. Namun, dia akan sentiasa berusaha untuk membuktikan kemampuan vokalnya yang sebenar.

Featured Wed, 2 Nov 2022

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong di atas dasar cemburu betul ke?

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Noor Nabila Lebih Bahagia Selepas Bercerai?

Doakan yang baik-baik saja buat Bella…

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Resepsi Kahwin Mawar Rashid, Raf Yaakob

Setiap satu lapisan bertakhta kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah kek perkahwinan buat mempelai

| Live TV

error: Content is protected !!