Hiburan By: SGMS Faida March 3, 2019 @ 8:00am

‘Henti Bandingkan Dengan Neelofa’- Hawa Rizwana Mula Rimas?

Penyampai berita Buletin Utama, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan menafikan penglibatannya dalam bidang penyiaran bersandarkan wajah dan populariti semata-mata.

Kata wanita berusia 24 tahun ini, biarpun dikenali sebagai Instafamous, dia tidak meletakkan ia sebagai tiket mudah duduk di kerusi penyampai berita.

“ Semua atas dasar cita-cita dan tidak dipengaruhi populariti diterima sebelum ini. Saya berharap penonton di luar sana melihat saya sebagai Hawa Rizwana tanpa dibayangi mana-mana pihak lain,” katanya kepada XTRA.

Hawa yang sering dikaitkan dengan pengacara popular Neelofa turut memohon agar penonton tidak berterusan membandingkan dirinya dengan figura terkenal itu.

“ Ada cakap-cakap saya try so hard untuk jadi seperti beliau. Kenapa saya perlu buang masa untuk menjadi orang lain sedangkan setiap individu lahir dengan keistimewaan sendiri.

“ Saya tidak mahu dikaitkan atau disamakan dengan mana-mana selebriti kerana percaya dengan bakat sedia ada.

“ Saya faham saya tidak boleh mengawal pandangan orang lain. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap insan ada kelebihan masing-masing untuk ke depan. Saya memiliki cara saya begitu juga dengan Neelofa. Saya kagumi beliau dalam bidang pengacaraan,” kata graduan dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UITM).

Hawa yang mula bertugas sebagai penyampai berita di TV9 sejak 1 September 2017 pernah mencuri tumpuan netizen apabila wajahnya dikatakan seiras Neelofa. Kini Hawa merupakan salah seorang penyampai berita Buletin Utama yang bersiaran pukul 8 malam, setiap hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Nadiyah Shahab Tak Harap Majlis Kahwin Terlampau Gah

Untuk mengikuti lakonan terbaharu Nadiyah, anda boleh menyaksikan telefilem Mama Tak Akan Sama diportal rasmi  di www.tonton.com.my 

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

Kendall Nampak Tua Dah Betul Ke?

Dari gambar tidak kelihatan tetapi bila berdepan OMG..

Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Mon, 19 Mar 2018

“Tidak Terkesan Dengan Video Sindir Neelofa” – Fazura

Bagi Faz, beliau enggan mempedulikan isu tersebut dan menganggap andai sindiran itu berbentuk provokasi bertujuan untuk mengusik emosinya, beliau sama sekali tidak terkesan langsung