“Tolong Lah Jangan Buat Gosip Murahan” – Puteri Sarah Nafi ‘Gila Talak’, Hantar Bunga & Kek Untuk Bekas Suami

Pelakon Puteri Sarah Liyana menafikan dirinya menghantar bunga dan kek kepada bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof sebagai tanda meminta maaf seperti yang tular di media sosial.

Tegasnya, pemberian kek dan bunga itu adalah untuk bekas mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Puteri Sarah atau lebih mesra dengan panggilan Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya baru-baru ini.

“Warga Facebook ni mula lah komen macam-macam.

“Eh hello, lambat lagi. Bunga dan kek tu untuk Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah meminta agar warganet di luar sana tidak menyebarkan gosip murahan tanpa mengetahui keadaan sebenar.

“Tolonglah jangan buat gosip murahan sebab warga Facebook ni aneh-aneh,” jelasnya.

 

Terdahulu, Sarah memaklumkan masih menerima gangguan di media sosial walaupun konflik rumah tangganya telahpun terlerai.

Namun, dia mengambil langkah untuk ‘move on’ dan mengaku gembira dengan kehidupannya sekarang.

Salma Syahbuddin