Tolong ‘Tutup’ Aurat Uqasha: Fikry Dipuji Netizen

Tindakan Fikry Ibrahim dipuji netizen selepas dia mengambil keputusan untuk ‘menutup’ aurat rakan pelakon, Uqasha Senrose daripada dilihat orang ramai.

Menerusi fotonya bersama Uqasha, Mira Filzah dan Hisyam Hamid, Fikry telah mengedit di bahagian rambut Uqasha sehingga tidak kelihatan rambut aktres itu.

Rata-rata netizen memuji tindakan Fikry yang dilihat prihatin dengan aurat wanita yang boleh dikongsikan kepada umum.

Menerusi sebuah portal hiburan, Fikry dikatakan berbuat demikian kerana enggan menanggung dosa orang lain.

“Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham. Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia.

“Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam itu. Tak kisahlah mereka nak kata apa. Tapi selagi saya boleh elak, saya akan cuba,” katanya.

SGMS Enal