Categories: DramaHiburan

Tonton Apa Hari Ni: ‘My Name Is Lola’

Paparan realiti bersulam komedi sememangnya mampu menceriakan hari dan memberi pengajaran bermakna.

Siri pendek ‘My Name Is Lola’ ini membawa konsep menarik tersebut. Ia memaparkan kisah Lola (dilakonkan oleh Ain Edruce) yang sebelum ini dikenali menerusi ‘Jenaka Kampung Kalut’ (JKK).

Sebagai seorang isteri mithali, Lola telah mengikut suaminya, Meor (dilakonkan oleh Izzue Islam), untuk berhijrah ke bandar. Dek penghijrahan itu, Lola telah membuat keputusan untuk berhenti menjadi seorang model supaya dia boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada anaknya yang baru mula belajar berjalan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan dan kemahiran Lola dalam seni tata rias amat hebat. Namun, perkara yang sama tidak dapat dikata tentang kebolehannya dalam pengurusan rumahtangga.

Bagi mengatasi masalah hariannya, Lola cuba untuk belajar dengan mengikut petua untuk ibu bapa yang diperolehnya menerusi media sosial. Lola juga mula berkenalan dengan jirannya yang bernama Sofea (dilakonkan oleh Shiha Zikir). Sofea pula sudah berkahwin bersama Razif (dilakonkan oleh Roy Azman) Tali persahabatan mereka mula erat kerana Sofea sering membantu Lola.

Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV3, layari Facebook rasmi dan Instagram (@TV3Malaysia), saluran YouTube (@TV3Malaysia Official), tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

Cerita Apa? ‘My Name Is Lola’
Hari Apa? Sabtu & Ahad
Jam Berapa? 2 petang
Di Mana? TV3

Afiqah Azizan

Recent Posts