Hiburan By: Padin July 10, 2024 @ 6:30am

Top 3 Karya Lakonan Faizal Hussein Tahun 2024 Harus Anda Saksikan… Drama Bersiri No 3 Tu Memang Wajib Tonton!

Aktor berkaliber, Faizal Hussein sememangnya terkenal dengan lakonan yang hebat serta caranya merealisasikan sesebuah karakter.

Berikan apa sahaja genre… Aksi, romantik, komedi… Semuanya dibawakan dengan baik oleh Faizal.

Naskhah bertemakan kekeluargaan juga merupakan karya yang dibawakan dengan baik oleh Faizal.

XTRA senaraikan 3 karya bertemakan kekeluargaan lakonan Faizal yang wajib anda saksikan, semuanya secara eksklusif di Tonton!

#1 – Titipan Kasih

Membawa kisah seorang anak yang menyimpan dendam terhadap anak, telefilem ini dijayakan Faizal bersama Dynas Mokhtar, Nafiz Muaz dan Ayunie Rizal.

Sinopsis: Haleena dan Rashid sudah bercerai 8 tahun yang lepas. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Ariana. Ariana berdendam dengan Rashid kerana menceraikan ibunya demi perempuan lain dan menganggap Rashid adalah punca keruntuhan keluarga bahagia.

Saksikan hanya di Tonton, klik link di SINI.

#2 – Menanti Senja

Menanti Senja membawa kisah seorang ayah yang tidak merestui perkahwinan anak perempuannya dan ia membawa pelbagai konflik yang lain. Drama bersiri ini dibintangi Faizal bersama Trisha Ooi, Johan Asari, Khatijah Tan, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Sinopsis: Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri (Johan Asari) mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah (Khatijah Tan) sambil membuka perniagaan kecil-kecilan. Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Intan (Trisha Ooi), anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu bernama Kamal (Faizal Hussein). Mereka berkahwin walaupun ia tidak direstui oleh Kamal. Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

Saksikan hanya di Tonton, klik link di SINI.

#3 – Baby Papa

Baby Papa merupakan drama bersiri Tonton Eksklusif terbaharu yang menampilkan gandingan Faizal bersama pelakon cilik, Kirana Batrisya. Kisah kekeluargaan ini sangat menarik kerana ia menampilkan kisah antara seorang anak dan ayah.

Sinopsis:

Alisha (Kirana Batrisya) merupakan seorang anak kecil yang pintar, petah dan positif. Alisha hidup gembira bersama ayah tunggal dan neneknya. Akibat pelbagai masalah peribadi ayahnya, Didie (Faizal Hussein) menghadapi tekanan perasaan yang telah membawa kepada penyakit kemurungan.

Selepas neneknya meninggal dunia akibat sakit tua, Alisha telah diberikan suatu amanah. Arwah neneknya mahu mereka pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari ibu Alisha yang bernama Rosie.

Berbekalkan sedikit wang yang ditinggalkan neneknya itu, Didie dan Alisha pun memulakan pengembaraan ke Kuala Lumpur untuk mencari ibunya.

Sepanjang perjalanan itu, mereka menghadapi pelbagai dugaan, gara-gara sikap Alisha yang suka membantu orang. Sampai di Kuala Lumpur, mereka dikejutkan pula dengan hakikat bahawa ibunya sudah berpindah daripada alamat terakhir yang ditinggalkan.

Apa yang bakal terjadi terhadap Alisha dan Didie? Jangan lupa saksikan Baby Papa sekarang hanya di Tonton!

Strim siri Tonton Eksklusif Baby Papa, Isnin hingga Khamis sekarang!

Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Apps Store atau Play Store sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 8 Nov 2019

任贤齐和阿牛有新搞作!欲和《麼麼茶》原班人马在岛开唱

「麼麼茶」和「小强」又再合体啦!继早前任贤齐和阿牛(陈庆祥)两人9月重游热浪岛后擦出新火花,联手合唱新创作《嘿!我在说你呢》并邀请大马媒体直击录音现场。

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Tak Kisah Pulangan, Awi Rafael Beramal Seikhlas Hati

Banyak program menarik disediakan di Great Amal Fest 2019 yang bakal berlangsung pada 23 Jun ini bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam.

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Hyoyeon Shares How Girls’ Generation Lasted So Long Together

Despite one lesser member, the group is technically still together and not disbanded.

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Here’s Pretty Much Every Scandal the BIG BANG Members Have Gotten Into

BIG BANG is probably the most problematic boy band.

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

tonton「零收费」供马来西亚人免费观赏节目

首要媒体集团电视网络宣布,大马影视串流第一平台tonton将启动零收费模式,供马来西亚人免费观赏精彩节目。

Featured Fri, 19 May 2023