Featured By: Attiqah Mohd September 10, 2021 @ 7:32pm

Transformasi TV9 Dengan Wajah Baru, #JanjiHappy Bakal Curi Perhatian Penonton

Saluran televisyen, TV9 tampil melakukan transformasi berwajah baru semalam.

Menerusi slogan #JanjiHappy, stesen televisyen (TV) milik Media Prima Berhad (MPB) itu kini menjadi saluran hiburan yang menyasarkan penonton segenap lapisan umur bermula dari kanak-kanak hinggalah dewasa.

Ketua Pegawai Operasi TV9, Sherina Nordin, berkata selari pembaharuan berkonsepkan lebih santai dan rileks, TV9 menjalin kerjasama dengan selebriti iaitu Datuk Rosyam Nor, Alif Satar, Amyra Rosli, Naim Daniel dan Zharif Zhafri sebagai Rakan TV9.

“Selari dengan pembaharuan program TV9 yang lebih rileks dan santai, kami telah berkolaborasi dengan Datuk Rosyam Nor, Alif Satar, Amyra Rosli, Naim Daniel dan Zharif Zhafri selaku rakan-rakan TV9 yang mewakili dua komponen utama (DNA) TV9 iaitu keluarga (family) dan kepentingan masyarakat (community interest).

“Trend masyarakat menonton TV sudah berubah sejak pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan pada tahun lepas. Inilah waktu yang sesuai untuk TV9 memperkenalkan pembaharuan di slot waktu dan kandungan program supaya kekal relevan. Kami berharap agar TV9 menjadi destinasi keluarga anda yang dapat menemui kepuasan, keriangan dan menikmati sajian program yang lebih santai, ” jelasnya.

Mengikut kenyataan TV9, slot berita, Buletin TV9 disiarkan lebih awal iaitu pada jam 7 malam setiap hari. Program berita nombor dua negara itu tampil lebih relevan, padat serta lebih diyakini.

Antara pembaharuan lain diperkenalkan TV9 adalah waktu perdana bermula lebih awal berbanding stesen TV lain iaitu jam 6 petang.

Waktu perdana TV9 dibarisi seleksi program animasi terbaik dari dalam dan luar negara.

Selain perkembangan berita semasa, Buletin TV9 memaparkan empat segmen mingguan yang menarik iaitu Pintu Rezeki, Bijak Tani, Cari Pahala dan Tradisi Kita.

Sumber berita komuniti dan jenayah paling awal itu bakal menampilkan barisan pembaca berita baharu dan sedia ada iaitu Zharif Zhafri Abdul Aziz, Ahmad Barr Zainal Abidin dan Intan Syazwina Suhaimi.

Tidak ketinggalan Nur Affiza Azmi, Wan Saifulizam Wan Ahmad, Shamellya Norazizi dan Zaira Sri Zakaria.

Dalam kenyataan rasmi, TV9 memperkenalkan program bual bicara baharu, Sembang Viral iaitu kapsul berdurasi 10 minit yang dikendalikan secara bergilir oleh Rosyam Nor dan Ahmad Fedtri Yahya setiap hari jam 7.30 malam, mulai Isnin ini.

Hos membincangkan pelbagai isu yang dikongsi netizen dalam media sosial daripada perspektif Islam secara santai bersama ahli panel jemputan.

Turut dihidangkan adalah drama popular dari Thailand, The Venom’s Tale yang mengisahkan sebuah cinta tiga segi antara dewi ular, putera raja dan tunangnya, kira-kira 500 tahun lalu. Drama itu menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7.40 malam.

Selain itu, TV9 turut menghidangkan drama Budak Intern pada setiap Rabu dan Khamis jam 9.30 malam, mulai 22 September depan.

Drama 16 episod itu menampilkan Intan Najuwa, Syaife Tee, Bella Dowana dan Malek McCrone.

Tambah kenyataan itu, TV9 terus menjalin kerjasama strategik bersama WOWSHOP bagi memaparkan kandungan lebih segar dan mengukuhkan penjenamaan.

Pelbagai promosi menarik disediakan sepanjang bulan ini antaranya pulangan tunai RM9 sempena sambutan ‘Janji Happy’ dan ‘WOW You, 3 Million’. Promosi itu berlangsung dari 13 September ini hingga 30 September depan menerusi rancangan Sembang Viral.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Jan 2018

Intai Diet Selebriti

Pernah terfikir bagaimana cara golongan selebriti mengekalkan bentuk badan menarik? Jom semak fakta berikut. Fazura – Amal Minum Teh Hijau Pelakon jelita, Fazura punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Selain  menjaga pemakanan dengan mengambil makanan […]

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Sarung Tudung Nampak Leher, Sissy Iman Kecewa Diselar Netizen

Nak tegur, kenalah tahu adab. Tak gitu?

Events Tue, 18 Jun 2019

张顺源认脾气暴躁!与老婆自立门户拼事业

张顺源认是一名脾气暴躁的老板!与老婆自立门户拼事业,笑称“她竟然可以忍受我的脾气。”

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Tue, 26 Feb 2019

四叶草客串演出泰国爆笑爱情喜剧《限时好友》

马来西亚「查某」Joyce四叶草再次冲出马来西亚参与泰国电影拍摄!

Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Sharnaaz Ahmad Sanggup Datang Awal Demi ABP

Pelakon Shaarnaz Ahmad yang tersenarai dalam pencalonan awal dalam ABPBH 31 memberitahu dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan kali ini.

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

[VIDEO] “Saya Tak Pernah Ada Musuh Dalam Industri” – Tiada Istilah Putus Kawan, Nabila Huda Akui Susah Tinggalkan Sebuah Persahabatan

‘Saya percaya satu hari nanti silaturahim yang terputus sementara itu akan berjumpa kembali’ – Nabila Huda 😢