Hiburan By: SGMS Faida November 1, 2018 @ 7:33pm

Transformasi Wajah Jadi Bualan Netizen, Apa Komen Alif Satar?

Pasti ramai yang sedar perubahan pada wajah penyanyi dan pengacara terkenal Alif Satar agak berbeza berbanding ketika di awal kemunculannya dulu. Betul tak?

Gambar lama Alif kembali menjadi bualan netizen di laman sosial, baru-baru ini.

Antara isi perbualan mereka adalah ‘Kau bukan tak ada rupa cuma kau tak ada duit saja, bro’. Korang rasa betul ke?

Menerusi laman Instagram Alif semalam, pengacara bual bicara It’s ALIF! memberikan pandangan peribadinya mengenai hal ini.

“ Biar saya bagitahu anda, duit mungkin boleh membantu perubahan diri tetapi hanya dalam 10 peratus sahaja.

“ Semua orang pasti melalui fasa keliru ketika dalam proses membesar ( kadang-kala berlaku juga pada saya sehingga sekarang).

“ Jerawat (masih ada), pendakap gigi dan gigi masih belum siap, keyakinan diri juga mungkin rendah dan macam macam lagi. Tapi percayalah, duit bukanlah segalanya yang membuatkan seseorang menjadi lebih baik.

“ Apa yang lebih penting adalah hubungan anda dengan Tuhan. Ia adalah kunci utama untuk merubah hidup anda menjadi lebih baik,” tulisnya di Instagram. 

Alif turut berpesan kepada pengikutnya agar tidak sesekali berputus-ada dan sentiasa mencari kekuatan hidup.

“ Lumrah hidup setiap manusia akan berdepan ujian dan cabaran, saya doakan anda memperoleh perubahan positif dalam hidup termasuk diri sendiri,” akhirinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Aksi Bergolek Atas Pentas Dikecam, Elly Mazlein Tak Ambil Hati?

Netizen happy! Kak Kepom pun happy la dikkk!

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Apa Salah Saya, Asyik Kena Kecam Jer – Boy Iman

“Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak,” komennya ringkas.

Hiburan Sat, 5 May 2018

Sambut Ulang Tahun Ke 6, Awal Luah Rasa Kepada Isteri!

Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Sweet tau!