Featured By: Atiqah Johari April 12, 2023 @ 5:14pm

Trending Di Youtube! ‘Raya Rempit’ Achey Diinspirasi Ketika Pulang Kampung

Pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi, Achey muncul dengan lagu raya terbaharu ciptaan sepenuhnya beliau berjudul ‘Raya Rempit’.

Lebih menarik, muzik video rasmi ‘Raya Rempit’ berada di kedudukan Top 15 Trending di Youtube sejak beberapa hari lalu.

Achey, 37, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk menghasilkan lagu ‘Raya Rempit’.

“Lagu ini saya buat tak lama sebenarnya. Semasa perjalanan pulang ke kampung sebelum Ramadan, saya dapat melodi lagu ini dan bila balik semula ke Kuala Lumpur, saya sudah dapat liriknya. Kemudian saya tulis dan hantar kepada pengarah muzik untuk proses susunannya.

“Menerusi lagu Raya Rempit ini, saya mahu menceritakan kebiasaan sambutan raya yang jarang ditampilkan di dalam sesebuah lagu. Semua orang yang nak raya mesti akan beli baju raya dan hias kereta dengan cantik. Sama juga dengan mereka yang balik ke kampung dengan menaiki motosikal. Bila nak balik kampung, mereka mesti akan cantikkan motor dan bersihkannya, jadi lagu ini adalah untuk mereka. Itu adalah kebiasaan bila nak beraya,” katanya.

Kata Achey, lirik lagu ‘Raya Rempit’ lari daripada kebiasaan lagu raya lain yang bertemakan balik kampung.

“Apabila saya bagi saja melodi ini kepada pasukan Seventeen Eleven Music, mereka terus setuju untuk rakamkannya. Lagu berserta video muzik dapat disiapkan dalam tempoh tiga ke empat hari sahaja.

“Muzik video kami juga ‘simple’ dan hanya menggunakan apa yang ada dalam kedai motosikal sahaja. Saya adalah rakan kongsi kepada bisnes menjual aksesori motosikal dan saya menggunakannya untuk ditampilkan di dalam muzik video lagu ini.

“Lagu Raya Rempit ini antara lain bertujuan untuk lari sikit daripada lagu-lagu yang menceritakan mengenai balik kampung, memasak, bermaaf-maafan dan sebagainya sebab itu memang kita tahu akan dilakukan pada hari raya. Tapi apa yang saya mahu sampaikan kepada orang adalah perkara lain dari lain. Saya juga adalah peminat motosikal, jadi apa salahnya saya hasilkan lagu seperti ini,” katanya.

Sehubungan itu, Achey berharap single ‘Raya Rempit’ diterima baik pendengar dan mampu kekal malar segar.

“Saya mengharapkan sambutan baik daripada pendengar terutama pengguna motosikal yang akan pulang ke kampung raya tahun ini. Walaupun ia menjadi kebiasaan mereka setiap kali menyambut hari raya, tapi ia masih belum dilagukan sehiggalah terkeluarnya lagu Raya Rempit.

“Saya berterima kasih kepada pasukan Seventeen Eleven Music kerana sudi menerima lagu raya seperti ini. Tahun ini kita buat kelainan sedikit dan mungkin ia nampak seronok dengan melodi yang ’catchy’,” katanya.

Lagu “Raya Rempit” terbitan Seventeen Eleven Music yang dikeluarkan pada 10hb. April ’23 kini boleh distrim di semua pelantar striming muzik dan video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music di pautan ini https://youtu.be/9jHdRH4QYjc

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Apr 2022
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Selfie Depan Jenazah Bapa, Wanita Ini Dikecam ‘Kaw Kaw’

Gambar tersebut kemudian dimuat naik di media sosial sebelum Jelica menerima kecaman daripada netizen di atas tindakannya itu.

Trending Wed, 3 Oct 2018

Rosmah Ke SPRM Kali Ketiga

Ini kali ketiga beliau hadir memberi keterangan di sini dan difahamkan, mungkin kali terakhir Rosmah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah terhadap beberapa pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

「肥妈」携手众好友6月云星剧场爆笑登场

「肥妈」6月携手好友李丽霞、黎耀祥及阮兆祥登云星剧场,准备为大马观众带来一个欢乐爆笑的夜晚。

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Kasih Iris Leona Boleh Ganti Fazura

Anak Dara Azhar Sulaiman Jadi Perhatian, Boleh Ganti Fazura

Trending Tue, 5 Dec 2017

Uptown Puchong… Macam-Macam Ada!

warga Puchong dan sekitarnya! Kini korang tak perlu lagi redah arus trafik ke ibu kota lagi untuk cari port santai dan makan!