Events By: Salma Syahbuddin February 8, 2020 @ 8:57pm

[TRENDING] Khabarnya Masdo Bawa Satu Kampung Naik Pentas #AJL34?

Kumpulan Kugiran Masdo yang baru sahaja melancarkan album terbaru mereka berjudul Jalan Abbey pada Januari lalu sekali lagi bakal menghangatkan pentas #AJL34 dengan persembahan yang pastinya meninggalkan memori buat penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam esok.

Mana taknya, dengar cerita Masdo bakal bawa ‘satu kampung’ untuk sama-sama naik ke pentas AJL nanti. So, betul atau tidak, korang kena lah tunggu persembahan dari kumpulan Masdo okay!

 

Sumber : Instagram @muzikmuzik_official 

Masdo yang terdiri daripada empat anak muda berbakat ini pernah menjadi antara  finalis bagi muzik-muzik 33 namun, nasib tidak menyebelahi mereka kerana lagu yang dipertaruhkan tidak layak ke #AJL33 pada tahun itu.

Apapun, tahun ini Masdo mengorak satu lagi langkah apabila terpilih sebagai antara 12 finalis yang bakal beraksi di pentas #AJL34  dengan mempertaruhkan lagu berjudul Dinda ciptaan sepenuhnya oleh Ali Sariah.

Sumber : Instagram @muzikmuzik_official

So, kalau nak tahu apa agaknya kelainan yang bakal dipersembahkan pada malam #AJL34 nanti, tungguuu! 

Dan jangan lupa untuk saksikan siaran secara langsung Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) pada jam 9 malam esok, hanya di TV3. 

Bagi korang yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan  siaran ini secara LIVE, jangan risau! Korang boleh layari Youtube TV3 Malaysia Official, Tonton, dan LIVE TV di www.xtra.com.my

Serta hangatkan malam kemuncak ini dengan hashtag #AJL34 di laman sosial korang !

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 9 Jan 2020

Kenapa Netizen Kecewa Dengan Noh Hujan?

Semoga apa yang berlaku dijadikan iktibar!

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Thu, 24 May 2018

Kemelut Antara Nora Danish Dan Fasha Sandha Akhirnya Terjawab!

Menurut Nora Danish, beliau sendiri mengakui mahu menamatkan segala kemelut bersama Fasha sejak sekian lama?

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Featured Wed, 3 May 2023

Isu Serang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Beri Kebenaran Tangguh Kes Selama 4 Minggu

Kes ditangguh 4 minggu untuk melengkapkan siasatan ke atas tertuduh