Hiburan By: Salma Syahbuddin April 2, 2018 @ 4:24am

Trio Terhangat Dipasaran Ini Bakal Kembali Dalam Pentas KRU25!

Siapa yang tidak kenal dengan trio pujaan ini seawal tahun 1992. Terkenal dengan lagu Apa Saja, Dua, Ooh! La La dan Fanatik, Kumpulan Rap Unik atau KRU ini sekali lagi bakal menemui peminatnya dalam satu konsert yang akan diadakan pada 4 Mei sehingga 6 Mei bertempat di Istana Budaya pada bulan depan.

Dan, melihat pada tarikh keramat tersebut, KRU kini dilihat sangat aktif dalam melakukan aktiviti sukan bertujuan untuk memantapkan fizikal dan mental mereka dalam membuat persiapan menjelang konsert #konsertgergasikru25 itu nanti.

Menurut Norman Abdul Halim, Mereka melakukan senaman ini bertujuan untuk memberikan persembahan yang terbaik kerana konsert ini bakal dijalankan selama tiga hari berturut-turut. Dan ini adalah cara untuk mereka mengekalkan energi dan dinamik mereka. 

“Kami berlatih hampir setiap hari sekarang, dan memperkuatkan diri kami dengan senaman fizikal di rumah, kami mempunyai jurulatih yang baik dengan menjalankan latihan yang berlangsung sejam hingga ke 2 jam. Kami juga bermain badminton dua kali seminggu.” jelasnya

Konsert yang diadakan ini adalah sempena sambutan ulang tahun ke-25 KRU yang juga dikenali dengan hashtag #konsertgergasikru25. Pada konsert itu nanti, wardrobe yang digunakan oleh Norman, Yusry dan Edry akan disediakan dan direka khas oleh pereka fesyen terkenal tanah air iaitu, Jovian Mandagie.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Dec 2020
Events Wed, 9 Jan 2019
Hiburan Tue, 14 Feb 2023
Featured Sun, 24 Oct 2021

“Ini Bukan Gimik”- Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee yang mengikat tali pertunangan, petang tadi. Difahamkan, majlis berlangsung di sebuah premis persendirian di Ampang, dihadiri 20 tetamu dalam kalangan ahli keluarga […]

Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Wed, 16 Nov 2022

Tayang Body Di Instagram, Alvin Chong Buat Netizen Cair

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong mencuri perhatian peminat selepas memuat naik hantaran memaparkan dirinya tidak berbaju di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) Menurut Alvin, gambar […]

Hiburan Mon, 17 Jun 2019
error: Content is protected !!