Zizan Razak atau pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak merupakan seorang selebriti versatil yang telah berkecimpung dalam bidang seni lebih 10 tahun.
Karier seninya bermula dengan menjadi peserta program Raja Lawak Astro musim pertama dan berjaya merangkul tempat kedua.
Dengan bakat yang serba boleh, Zizan kini juga mengembangkan kariernya sebagai anak seni dalam bidang lakonan, nyanyian dan juga pengacaraan.
Bukan itu sahaja, Zizan juga pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular di acara berprestij iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
Jadi, menerusi #TriviaXTRA minggu ini, Zizan Razak berkongsi tiga perkara yang ramai orang tidak tahu mengenainya!
Setiap individu mesti memiliki tabiat yang dianggap pelik, begitu juga dengan Zizan! Tapi… tabiat Zizan ni memang another level, pakej amal jariah!
“Saya pantang tengok orang dengan kereta rosak tepi jalan. Saya akan berhenti… saya tak tahu kenapa. Tapi, saya suka betul bantu orang tepi jalan”
Wah! Zizan The Unsung Hero 😍 Baiknya hati 👍
Karya Tamil memiliki penggemarnya yang tersendiri dan Zizan salah seorangnya.
“Saya suka cerita Tamil. Tamil, Urdu semua saya layan. Banyak cerita yang saya suka antaranya KGF, Pushpa dan banyak lagi saya suka”
Fulamakk… lepas ni Zizan bolehlah jadi Hero Tamil pulak eh 😅
Memasak bukan sahaja hobi atau aktiviti yang dibuat oleh kaum wanita tapi lelaki pun boleh! Tak kurang juga, Zizan berkongsi dia gemar memasak.
“Saya suka memasak dekat rumah. Saya macam manager saya suka masak di rumah tapi dia tak pernah jemput saya. Dia masak, dia post. Sakit hati je”
Wah! Memang power lah Zizan serba-serbi boleh buat 🔥
lawaklah dua orang ni
Mantappplahhh Jebat
doa yang baik-baik
Not really realizing how much he means to my world - Diana Danielle