Featured By: Atiqah Johari March 28, 2023 @ 1:10pm

#TriviaXTRA: Romantik & Kelakar, Bahagia Naik Myvi! Semak 4 Perkara Ramai Tak Tahu Mengenai Fasha Sandha

Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan merupakan seorang pelakon berbakat besar dalam industri seni di Malaysia.

Mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak tahun 2002 menerusi filem Black Maria sebagai pelakon tambahan, nama Fasha mula melonjak naik apabila lakonannya dalam drama Natasha meninggalkan kesan kepada penonton apabila watak sebagai ‘wanita malang’ direalisasikan dengan jayanya.

Bukan itu sahaja, Fasha juga telah merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2010 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Jadi, ini antara perkara yang ramai tidak tahu tentang Fasha Sandha!

1. Seorang yang romantik & kelakar

Fasha berkongsi bahawa dia merupakan seorang yang romantik dan ramai yang tidak tahu bahawa dirinya seorang yang kelakar.

“Saya boleh dikatakan seorang yang romantik jugak dan ramai yang tak tahu yang saya ni kelakar.”

Untung Aidil dapat isteri cantik, romantik & kelakar pulak tu 😍

2. Myvi Kereta Kegemaran Fasha!

“Saya akan keluar naik kereta kecil saya, Myvi. Pada saya itu adalah favourite car saya. Saya suka pergi kedai naik Myvi. Saya bahagia dengan cara saya.”

Wah Myvi! Mestilah fav car sebab King of The Road tu 🚗💨

3. Peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza & Peminat Beto Kusyairi

“Penyanyi Malaysia of course Datuk Siti dan pelakon ramai antaranya Beto Kusyairi. Saya Sitizoners of course.”

Wow! Bukan beshe-beshe tapi nanti nak request lah Fasha nyanyi sikit sebab berlakon confirm dah power ✌️

4. Suka bedtime stories

“Saya akan bedtime stories dengan anak-anak kalau tak shooting. Kadang-kadang rasa sedih sebab tak dapat bedtime stories sebab terlalu busy.”

Bestnyaaa dapat luang masa bedtime stories 😍 Mesti Fasha good storyteller kan 😍

Apapun XTRA doakan Fasha Sandha cepat sembuh selepas insiden cedera di set penggambaran hari itu. Fasha memang pelakon profesional!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Bukan Tak Nak, Belum Ada Rezeki

Sudah pasti, sebagai wanita yang sudah berumah tangga, saya juga mempunyai impian untuk menjadi ibu.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Lamanya Najwa Latif ‘Peram’ Lagu?

Makesure dengar tau lagu ni!

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Misteri Dilaila Tayang 2 Versi Babak Akhir Berbeza Di Pawangan Berlainan

Sesuatu kelainan di industri filem Misteri Dilaila Tayang 2 Versi Babak Akhir Berbeza Di Pawangan Berlainan

Events Wed, 2 Nov 2022

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Antara Calon PRU15 Wakili Gerakan Tanah Air (GTA)

Eizlan, Idham & Lando bakal bertanding di Sabak Bernam, Port Dickson & Tanjong Karang.

Hiburan Fri, 26 May 2023
Trending Fri, 29 Dec 2017

Isteri lari rumah akibat suami bernafsu ‘pelik’

Si suami dahlah bernafsu ‘pelik’ mana tak si isteri lari rumah

Featured Thu, 23 Sep 2021

| Live TV