Pelakon Fathia Latiff tampil memohon maaf kepada doktor-doktor di Malaysia diatas kenyataannya tempoh lalu.
Terdahulu, dia seakan mempersoalkan tindakan doktor memberikan ubat yang tiada kaitan dengan sakit yang dialaminya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Ada Black Market Ke Bro?” – Alami Anxiety, Fathia Latiff Dakwa Doktor Enggan Beri Ubat?
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia bertindak mengeluarkan kenyataan itu kerana ada sesuatu yang mengusik emosinya.
Sementara itu, pelakon drama Ariana Rose ini berharap agar doktor tersebut boleh berdamai semula dengannya.
“Salam, saya nak minta maaf kepada doktor-doktor dekat Malaysia diatas statement saya tempoh hari.
“Something ‘triggered me’, and hope we can be at peace again. Minta maaf and thank you,” ujarnya.
Untuk rekod, Fathia menghidapi penyakit ‘anxiety’ sejak lima tahun lalu dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan.
Berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran tersebut telah dipadam olehnya.