Featured By: Maya Basir November 24, 2022 @ 7:51pm

Tuduhan Berjaya Dibuktikan, Siti Bainun Menangis Perlu Bela Diri

Pengasas rumah bonda, Siti Bainun Ahd Razali dilihat menangis selepas Mahkamah Sesyen memutuskan untuk membela diri terhadap pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down, Bella.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan dibacakan Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan kes tersebut.

Menurut Izralizam, pihak pendakwaan berjaya memenuhi elemen yang membuktikan Bella mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Keputusan dibuat adalah berdasarkan testimoni sekumpulan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur terhadap fizikal Bella.

“Parut di seluruh badan Bella, termasuk parut terbakar menunjukkan bahawa ia adalah daripada kesan lecur tahap kedua, bukan tidak sengaja atau diri sendiri yang menyebabkan kecederaan.

“Penjaganya (penjaga Bella) di Taman Sinar Rumah Kebajikan Harapan di Seremban juga memberi keterangan bahawa Bella trauma selepas tinggal bersama tertuduh.

“Bella dilihat takut dengan orang apabila kembali untuk tinggal dirumah kebajikan, dan dia menjerit dalam tidurnya,” katanya.

Susulan kes tersebut, Siti Bainun diberi tiga pilihan semasa prosiding membela diri.

“Pilihan pertama adalah dengan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi kemudian disoal balas oleh pendakwaan dan mahkamah akan menilai.

“Kedua, tertuduh boleh memberi keterangan tidak bersumpah dan tidak akan disoal balas oleh pendakwaan.

“Pilihan ketiga, kamu (tertuduh) boleh berdiam diri dengan tidak menjawab pertuduhan atau kedua memberikan kenyataan tidak bersumpah tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan,” ujarnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.

Manakala, peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.

Hadir sama, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Turut hadir memberi sokongan adalah aktivis, Mona Din, Setiausaha Persatuan Bunga Bunga Syurga Down Sindrom Malaysia, Hairun Nizah Abd Shukor dan penyanyi Fynn Jamal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Mar 2022

Kejam! Viral Pengasuh 50 Tampar Bayi, Pukul Guna Sudip! Ini Kenyataan Polis, Rupa-Rupanya…

Kelu lidah Min untuk berkata-kata.. 😣😞 Timbul lagi kes penderaan bayi dan kanak-kanak..

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Kalau Aku Kat Tempat Dia, Aku Dah Menangis…” – Mangsa Kemalangan Santai Bergambar Biarpun Myvi Terbalik

Seorang pemuda yang mengalami kemalangan raya masih tersenyum dan sempat merakam gambar kenangan bersama kenderaannya yang terbalik. Menerusi perkongsian di akaun TikTok @syadad10, kejadian didakwa berlaku di selekoh tajam berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), […]

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

Featured Tue, 12 May 2020
Acara Wed, 15 Nov 2023

Anjur Kempen Projek Mimpi, Sirap Limau Tawarkan Wang Tunai Bernilai RM5,000 Untuk Realisasi Impian!

Setiap orang ada impian masing-masing kan? Sirap Limau ada anjurkan kempen Projek Mimpi untuk realisasi cita-cita korang tu, cepat jangan lepaskan peluang ni guys!