Hiburan By: Del14 October 8, 2019 @ 6:21pm

Akhirnya, Ini Pengarah Filem Biopik Hasmah ‘Bila Deh Bertemu Det’

Produksi Tune Production Sdn Bhd akhirnya mengumumkan empat calon pengarah yang bakal menduduki kerusi pengarah filem biopik romantik, Hasmah ‘Bila Deh Bertemu Det’.

Empat calon pengarah itu adalah pengarah filem Habibie & Ainun dari Indonesia Faozan Rizal, pengarah tempatan pula ialah pengarah filem Embun, Erma Fatima.

Manakal dua lagi pengarah ialah pengarah Ombak Rindu, Osman Ali dan pengarah Sangkar, Kabir Bhatia.

Penerbit, Hafiz Rozlan berkata, pemilihan mereka berdasarkan kredibiliti para pengarah dalam beberapa filem hebat mereka sebelum ini.

“Kami calonkan Faozan Rizal sebab filem biopik rujukan kami adalah Habibie & Ainun. Hasil kerjanya sangat menarik.

“Tapi, pihak kami belum muktamadkan lagi sebab kena bentangkan pada Tun Hasmah terlebih dulu.

“Senarai pengarah tempatan pula kami bertanya kepada beberapa orang industri. dan ada yang mereka cadangkan, ada pula saya pilih dan kaji sendiri,” katanya.

Disebabkan itu, Hafiz berharap pencalonan nama Faozan tidak perlu dijadikan isu industri kerana masih dalam peringkat cadangan.

Dia akui sudah pun bertemu dengan Faozan sebelum ini namun belum ada kata putus.

“Macam saya cakap tadi, apa-apa pun kena tunggu keputusan Tun sama ada beliau bersetuju atau sebaliknya,” katanya.

Walau pun ada ura-ura mengatakan fi pengarah hebat itu adalah dalam nilai Dolar Amerika dan mencecah hampir sejuta ringgit, Hafiz menafikannya.

Filem ini mengisahkan perjalanan hidup ‘First Lady Malaysia’, Tun Dr Siti Hasmah dan kisah romantisnya bersama Tun Dr Mahathir Mohamed.

Penerbit, Hafiz bertemu Faozan Rizal dalam satu pertemuan tertutup bulan lalu.

Filem yang bakal menjalani penggambaran Mac tahun depan itu dianggarkan menelan kos RM6 hingga RM7 juta.

Ia akan menjalani penggambaran di Perak, Kuala Lumpur, Singapura, Kobe (Jepun), London dan New York, Amerika Syarikat.

Selain Nad, watak Tun M akan dijayakan oleh Hasnul Rahmat. Pelakon lain yang turut terbabit antaranya Zamarul Hisyam yang memegang watak sebagai Bapa Tun Siti Hasmah, Mohamad Ali.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Fri, 1 Oct 2021

6 Finalis Berentap Rebut Gelaran Juara COF LOCKSTAR

Program realiti pertama secara dalam talian terbitan syarikat rakaman COF Music iaitu COF LOCKSTAR bakal melabuhkan tirai menerusi peringkat akhir pada 2 Oktober, jam 9 malam di saluran YouTube COF Music. Enam finalis berentap bagi […]

Featured Sun, 11 Dec 2022
Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Tudung Makin Singkat, Kini Giliran Mira Filzah Kena Kutuk

Namun, normal lah jika dikatakan setiap artis pasti akan terpalit dengan beberapa kontroversi lebih-lebih lagi netizen diluar sana