Hiburan By: SGMS Faida September 9, 2019 @ 10:24am

Tunai Umrah…Lan Solo Mohon Doa Peminat!

Penyanyi Lan Solo memohon maaf kepada pengikutnya di Instagram sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah, semalam.

Tidak keseorangan ke sana, Lan turut membawa seluruh anggota keluarganya ke Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah. 

“Kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

“Dengan rendah hati, saya mewakili isteri serta anak-anak memohon semua sama-sama berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar.

“Sebagai manusia, kami tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Dengan kesempatan ini, dapatlah andainya semua yang membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dari segala segi.

“Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yang keruh dapat dijernihkan dari hati ke hati,” tulisnya.

Tambah bekas vokalis kumpulan Kristal ini, dia juga berharap segala kesalahannya dapat dimaafkan dengan kebaikan yang pernah mereka sekeluarga lakukan. 

“Seandainya perjalanan ini adalah perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dengan hanya satu kebaikan yang pernah kami lakukan sekiranya ada.

“Semoga perjalanan kami ke tanah suci, penuh dgn redha dan berkat illahi,” tulis Lan menerusi akaun Instagramnya.

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum.. Hari ni..8 sept 2019, Ahad.. Kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan umrah. Dgn rendah hati, sy mewakili isteri serta anak2 memohon semua sama2 berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar. Sbg manusia,kami tidak sempurna dan tidak lepas drpd melakukan kesilapan. Dgn kesempatan ini, dpt la andainya semua yg membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dr segala segi. Terlanjur perbuatan,terlanjur tuturkata,terhina tanpa sengaja,tutur bicara yg menghiris hati sesiapa,terusik harta, terlebih kira, terdgr berita yg tidak sepatutnya. Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yg keruh dapat dijernihkan dr hati ke hati. Seandainya perjalanan ini adlh perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dgn hanya satu kebaikan yg pernah kami lakukan sekiranya ada. Semoga perjalanan kami ke tanah suci, penuh dgn redha dan berkat illahi. Ikhlas drpd Lan, Sheila Qaleesya – Qeesyara Qassyaff – Quxandra . . #umrahLSKY2019 #10tahunkawen #lansolo #sheilarazlan #anakanaklansolo

A post shared by LAN SOLO ?? (@lansolo_official) on

Perkongsian Lan dan Sheila itu dihujani doa daripada peminat yang mengharapkan mereka sekeluarga beroleh ibadah yang mabrur.

Lan dan Sheila dikurniakan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff,4, dan Nur Amna Quxandra yang berusia setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Mar 2023

[VIDEO] Aedy Ashraf Kata Amelia Henderson Garang, Ini Reaksi Tuan Badan

Malu malu nampakk Aedy ni bila sebut pasal Amelia hehehe🤩😌

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Wed, 19 Apr 2023
FESYEN Fri, 4 Oct 2019
Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Idam Hero Baharu…Siapa Pilihan Farah Nabilah?

Ehem…siapa agaknya hero baru tu nanti eh?

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Buat Macam Member Dia Je…” – Ramai Cemburu Lihat Angel Dolla Bersama Simon Dominic

Pasti ramai yang mengenali penyanyi wanita Angelina Chai Ka Ying atau lebih dikenali sebagai Angel yang merupakan seorang ahli kumpulan Dolla. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Angel di laman TikTok sehingga berjaya

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

George Clooney Artis Hollywood Paling Kaya

George dilaporkan menjual syarikat tersebut dengan harga AS$1 bilion (RM4 bilion) yang turut dikongsi bersama dua orang rakannya iaitu Rande Gerber dan Mike Meldman.

| Live TV

error: Content is protected !!