“Tunang Orang Pun Boleh Didukung-Dukung. Anak Dara Orang Boleh Dicium-Cium Dahi!” – Abby ‘Sound’ Siapa??

“Suami orang buat macam suami sendiri. Isteri orang selamba saja lelaki lain laga-laga pipi. Tunang orang pun boleh didukung-dukung. Anak dara orang boleh dicium-cium dahi!”

Itu antara teguran pelakon Abby Abadi yang dikongsi dalam Instagram miliknya hari ini.

Dalam perkongsian itu, pelakon yang dikenali melalui drama Gerak Khas itu menyentuh isu ‘ikhtilat’ kalangan masyarakat terutama anak seni yang beragama Islam.

“Dah pernah cakap pasal hal ini tapi nak ulang lagi sebab tiada siapa yang menegur, makin berleluasa macam tak ada segan silu.

“Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau dah pegang pun jangan, bertepuk tampar, berpeluk apatah lagi.

“Bila dah mula biarkan suami atau isteri kita waima anak-anak disentuh, dipeluk bukan mahram dengan macam-macam alasan untuk menghalalkan cara, konon macam abang dengan adik, dah macam keluarga dan sebagainya, itulah permulaan kepada pintu-pintu kemungkaran,” tulis Abby lagi.

Rata-rata netizen menganggap teguran Abby itu susulan beberapa isu kalangan artis tempatan yang tular sejak akhir-akhir ini.

Antara artis yang dikaitkan adalah pelakon Isa Khan berkongsi foto mencium dahi seorang gadis dipercayai pelakon, Risteena Munim.

Malah, ada mengaitkan isu pelakon Intan Nurnajwa yang dikecam kerana gambar dia berpeluk pelakon Zul Ariffin, walau pun Intan bergelar tunangan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

Oleh: Guy Masaki

Sumber Foto: Instagram @abby_abadi112 & @jaiezzany

Del14