Featured By: Maya Basir March 30, 2023 @ 6:11pm

Tunjuk Anak Perempuan Di Media Sosial, Adam Shahz Tiada Masalah Dengan Suami Bekas Isteri – “Yang Penting Anak Saya Selamat…”

Pelakon Adam Shahz memberitahu dia tidak mempunyai masalah apabila suami kepada bekas isterinya, Aliff Awang berkongsi perkembangan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Adam berkata ia sudah menjadi lumrah individu untuk mempunyai sikap bertanggungjawab itu.

“Saya tiada masalah mengenai perkara itu kerana lumrah apabila seseorang yang sudah berkahwin bersama lelaki atau wanita yang mempunyai anak untuk menerima anak itu.

“Sekiranya saya juga bertemu dengan orang yang sudah mempunyai anak, maka saya juga perlu melakukan perkara sama. Jadi itu tak jadi isu kepada saya.

“Kadang kala ada netizen yang cuba untuk melaga-lagakan. Apa yang penting adalah saya tahu anak saya berada di tangan yang selamat,” katanya.

Sebelum ini, tular video Aliff mengajar Ivy mengeja dan membaca mencuri perhatian netizen.

Pada masa sama, Adam turut meluahkan rasa teruja dapat bertemu dengan anak perempuannya selepas enam bulan tidak berjumpa.

“Alhamdulillah, selepas enam bulan akhirnya saya dapat bertemu anak dan membawanya pulang ke kampung di Melaka. Ini kerana bila saya bertanya kepada Ivy, dia cakap rindukan kawan-kawan (sepupu) di kampung.

“Saya menunaikan permintaannya dan bawa Ivy pulang ke kampung selama empat hari. Pada mulanya dia pun terkejut apabila saya datang untuk mengambilnya.

“Dia tidak bertanya apa-apa dan saya pun mengambil pendekatan yang sama. Cuma saya katakan sibuk dengan kerja dan menerangkan secara baik kepadanya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada peguam kerana dia yang menguruskan semuanya,” ujarnya.

Terdahulu, pada 28 Februari, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan semula tarikh sebutan berhubung tuntutan hak penjagaan anak Adam dan bekas isteri, Fatin Afeefa pada 17 April depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Hubungan Dingin Dengan Papa, Nabila Redha

Apapun, Abil hanya mahu semua peminat mendoakan yang baik-baik buat keluarganya

Featured Fri, 20 Sep 2019

Ketahui keburukan jika terlalu kerap minum kopi

Anda pengemar kopi? Kurangkan selagi boleh

Featured Thu, 25 Aug 2022

Gabungan 3 Pengarah Tersohor & 1 Ketua Juri, Program Realiti Fit For Action Cungkil Bakat Pelakon Baharu!

Wow! Untungnya 12 Peserta progam realiti pencarian pelapis pelakon versatil Fit For Action dapat berguru dengan tiga pengarah hebat, Heykal Hanifah, Aziz M Osman & Ellie Suriaty! 🤩 Saksikan Fit For Action mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam di TV3!

Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Dynas terkejut membaca komen Netizen

Bawak banyak bersabar Dynas

Hiburan Wed, 15 May 2019

Dato’ Farid Kamil Zahari Sentenced to 9 Months Imprisonment!

It’s over the use of marjuana last year.

Featured Thu, 27 Oct 2022
Trending Mon, 8 Apr 2019
Hiburan Mon, 20 Nov 2023