Hiburan By: Salma Syahbuddin December 17, 2018 @ 12:20pm

TV3 Hidang Drama Menarik Sempena Akhir Tahun 2018

Tahun 2018bakal berakhir dalam beberapa minggu sahaja lagi, dan bagi melengkapkan tahun 2018 ini TV3 membawakan antara tiga drama bersir yang pastinya menarik untuk tontonan korang sebelum menjelangnya 2019!

Jadi, nah! ini antara drama yang bakal menghantui korang bagi mengakhiri tahun 2018 kali ini!

 

  1. Jika Masih Ada Rindu

Bagi yang merindui pelakon Kamal Adli, katanya dalam cerita ni, Kamal hilang ingatan? Betul ke?

Sebenarnya, Kamal tak hilang ingatan lah. Kamal cuma terkejar-kejarkan Siti Saleha je. Masalahnya, dalam cerita ni Siti Saleha tu isteri orang. 

Drama 14 episod arahan Feroz Kadir ini mengisahkan tentang Hisyam yang kembali mengejar cinta isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja menceraikan isterinya, Wahida. Walaupun saling mencintai, namun kesibukan Wahida membesarkan anaknya Qistina serta terpaksa menjaga ibunya yang sakit telah menjarakkan hubungan Hisyam dan Wahida. 

Hisyam mula berlaku curang dan berani memukul isterinya. Akhirnya, hubungan yang berlandaskan cinta itu berakhir dengan perceraian. Nak tahu apakah kesudahan cerita ini, korang kenalah saksikan drama bersiri ini pada 1 Januari 2019,  jam 1o malam Isnin hingga Khamis.

Antara pelakon hebat yang turut membintangi siri Jika Masih Ada Rindu ini ialah, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Malik, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

       2.  Pujaan Hati Kanda

Wow! Selain Zizan Razak siapa je berani nak puja Mira Filzah ni?

Semuanya bermula apabila Remy Ishak perlu mencari pengasuh bagi menjaga bayi lelaki yang ditinggalkan di masjid ketika dia mahu bernikah. Kerana bayi misteri yang dikatakan anak kandungnya, tunangnya tidak mahu meneruskan pernikahan mereka. Sudahlah tak jadi kahwin, Remy pula perlu menjaga bayi tersebut sendirian kerana datuk dan neneknya tidak mahu campur tangan dan malu dengan perbuatannya. Nasib Remy baik, kerana Mira Filzah hadir pada waktu yang tepat! Mira Filzah bersetuju untuk menjadi pengasuh bayi tersebut memandangkan dia juga memerlukan duit.

Remy yang membawa watak Danny, bagai menerima pembalasan atas sikap kasanovanya dahulu  apabila perlu bertanggungjawab menjaga seorang bayi secara tiba-tiba.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Dan, Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi? Saksikan drama 28 episod ini terbitan Mache All Star United Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

Antara pelakon yang terlibat dalam menjayakan Pujaan Hati Kanda ini antaranya, Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifli, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Aidil Aziz, Catriona Ross dan Dian P.Ramlee

       3. Petua Nenek

Pelbagai cara yang diamalkan oleh orang Melayu bagi menjaga kecantikan dan kesihatan. Sejak sekian lamanya perubatan tradisional dan petua menjadi satu tradisi yang menjadi amalan masyarakat Melayu.

Drama terbitan A.Aida Production ini mengisahkan Qaseh Arina (Adiba Yunus) yang dibesarkan oleh neneknya, Nek  Embun (Liza Abdullah). Nek Embun merupakan seorang bidan yang terkenal dengan pelbagai petua. Sejak kecil lagi Qaseh sudah mengikuti Nek Embun menyambut kelahiran bayi dan Qaseh ingin menjadi seperti neneknya itu. Setiap petua Nek Embun, Qaseh catitkan di dalam buku notanya. Petua-petua Nek Embun dibawa Qaseh sehinggalah dia melanjutkan pelajaran di universiti di Kuala Lumpur.

Namun, Orang bandar tidak percaya pada petua-petua tersebut.  Tetapi, petua Qaseh berhasil membantu menyelesaikan masalah Nash (Raja Afiq), jejaka kaya dan tampan tetapi mempunyai masalah bau badan. Sejak itu mereka berkawan baik. Pelbagai lagi aksi mencuti hati Qaseh dengan petua-petuanya sehinggakan rakan serumahnya dimasukkan ke hospital kerana alah pada ramuan yang digunakan oleh Qaseh.

Pelbagai aksi mencuit hati yang dilakukan oleh Qaseh dengan petua-petua Nek Embun sehinggakan dia dikatakan kolot oleh rakan-rakan universiti.

Apakah yang akan terjadi pada Qaseh? Masihkah dia berpegang pada petua-petua Nek Embun? Pastikan anda ikuti telatah menghiburkan Adibah Yunus dan Liza Abdullah dalam Petua Nenek yang diarahkan oleh Along Kamaluddin di slot Dahlia, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam mulai 22 Disember ini.

Dibarisi pelakon seperti Adibah Yunus, Raja Afiq, Liza Abdullah, Zaidi Omar, Nafiez Zaidi,  Julia Farhana Marin, Annie Ariffin, dan Keena Mentor.

Jadi jangan lupa saksikan drama-drama menarik yang dihidangkan khas buat penonton setia TV3 Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Tahniah! Bella Dally Selamat Bertunang Dengan Mr. A

Wah, yang penting kena move on dan sentiasa positif macam Bella okay!

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘ Belum Pernah Saya Tak Bayar Gaji’- Che Ta Jawab Dakwaan Pemandu Peribadi

Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi.

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

Melly Goeslaw Unfollow Di Instagram, Rossa Tidak Mahu Panjangkan Isu Lagi

Semoga baik-baik saja buat Rossa dan Teh Melly…

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Usia Baru 20 Tahun, Kekayaan Kylie Jenner Kini Cecah RM3.2 bilion

Pengaruh adik bongsu dalam keluarga selebriti Kardashian ini setanding kakaknya yang lain. Pada usia 20 tahun, Kylie sudah bertaraf jutawan muda. Anda memang hebat!

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Exists sememangnya salah satu kumpulan muzik terhebat Malaysia!

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

‘Dari Dulu Orang Keji, Saya Tak Kisah’- Ac Mizal

Tak sabarnya nak tengok, mesti best gandingan mereka berdua ni!

error: Content is protected !!