Hiburan By: Padin October 1, 2022 @ 6:00pm

Tya Arifin Tak Sangka Aktiviti ‘Turun Padang’ Viral – “Saya Sebak & Terharu Kerana…”

Selain banyak menumpukan perhatian terhadap keluarga, pelakon Tya Arifin kini memberikan fokus terhadap bidang perniagaan.

Menjadi seorang ‘boss’ tidak menghalang Nurtria Wulandari, 28, untuk turut sama-sama turun padang berjumpa dengan pelanggan.

Terkini, video Tya turun padang membuat kejutan terhadap pelanggan viral di aplikasi TikTok dengan lebih 416,000 tontonan dan 22,600 tanda suka.

Pelantun lagu Bagaikan Mutiara itu membuat kejutan terhadap pelanggan produk miliknya, jamu Mutyara apabila dia sendiri turun padang membuat penghantaran secara bayaran tunai atau ‘cash on delivery’ (COD).

“Memang seperti video yang ditularkan di TikTok, saya ada buat kejutan COD kepada pelanggan Mutyara. Saya tak sangka pula ia viral. Kenapa saya buat, sebab saya sudah lima tahun berniaga produk ini, banyak sebenarnya wanita yang amalkan produk ini dan menyokong saya.

“Saya bersama pasukan dan apa yang saya buat ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka. Sejujurnya, apabila sesekali dapat turun padang saya gembira, terharu dan sebak juga. Apatah lagi dapat mendengar secara langsung maklum balas mereka selepas mengamalkan produk saya yang mana membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.

@tyaarifinnw Haaaaa #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp @mutyarabeauty ♬ suara asli – Tya Arifin

“Saya datang pun secara ‘random’ saja. Saya turun berjumpa sendiri mereka sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan kesetiaan mereka,” katanya.

Menurut Tya yang juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, disebabkan itu dia dihujani permintaan untuk meneruskan sesi itu di beberapa lokasi lain pula.

“Ada pelangganyang selepas mengamalkan produk ini menambahkan lagi air susu. Begitu juga dengan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun yang mengalami masalah kesukaran berjalan. Tetapi selepas amalkan produk ini, dia dah boleh aktif semula termasuk buat kerja-kerja rumah.

“Rasa tak puas sebenarnya berjumpa pelanggan dan berborak dengan mereka. Hinggakan ramai juga komen suruh saya datang ke rumah dan tempat mereka pula. Insya-Allah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Syukur…Isteri Mula Bertudung’- Nabil Ahmad

Nabil Ahmad meminta orang ramai untuk tidak menghakimi niat baik wanita yang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Featured Thu, 10 Feb 2022
Hiburan Tue, 5 Mar 2019
Hiburan Sat, 4 Jan 2020

SonaOne Ceburi Bidang Filem Pula?

Support SONAONE geng!