Cahaya Mata By: Maya Basir May 12, 2023 @ 1:41pm

Ubat Epidural Tak Berkesan Waktu Bersalin, Juliana Evans Masih Trauma Mahu Lahir Anak Kedua – “Rasanya Seperti Setengah Mati…”

Pelakon Che Puan Juliana Evans mengakui masih trauma untuk melalui proses bersalin anak pertama secara normal gara-gara epidural yang diambil tidak berkesan pada ketika itu.

Memetik laporan Gempak, trauma tersebut membuatkan dirinya bimbang dan akan lebih bersedia dari segi mental untuk melahirkan anak keduanya yang dijangka Julai ini.

“Terus-terang, kali ini saya seperti terlebih risau dan banyak berfikir. Saya masih lagi trauma dengan proses kelahiran anak pertama.

“Bayangkan, masa itu suntikan epidural yang diberikan kepada saya tak menjadi.

“Mungkin pada waktu itu, saya hanya menjangkakan perkara yang indah-indah sahaja. Saya langsung tak fikirkan rasa sakit yang bakal saya lalui kerana saya betul-betul mengharapkan suntikan epidural itu berkesan.

“Rupanya hal sebaliknya berlaku. Saya rasa sakit sehingga badan saya terkejut. Saya tak sangka yang saya akan merasai seperti itu di dunia ini. Rasanya seperti setengah mati. Saya ada ambil ‘laughing gas’ tapi tak berkesan juga,” katanya.

Menurutnya, bagi kelahiran anak kedua, dia banyak membuat persiapan awal terhadap kemungkinan yang akan berlaku.

Malah, Juliana mengakui disebabkan pengalaman sakit itu membuatkan dirinya lebih menghargai pengorbanan ibunya.

“Bagaimana pun saya bersyukur kerana selepas beberapa bulan bersalin badan saya pulih dengan baik. Jadi saya boleh simpulkan semua wanita yang bersalin ini seperti kena langgar bas sekejap selepas itu macam tiada apa-apa yang berlaku. Sebab itu saya lebih menghargai ibu saya.

“Jadi kali ini, saya sudah mempersiapkan mental saya dan saya juga sudah bersedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Hal ini tak berlaku ketika kehamilan anak pertama.

“Saya juga banyak baca mengenai pengalaman ibu-ibu yang lain. Rupanya banyak juga yang melalui pengalaman seperti saya. Saya berharap sangat yang saya tahu perkara ini lebih awal,” ujarnya.

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Mulia Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Tengku Kamaliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 14 Dec 2018

3 Tips Cantik Sebelum Tidur

Nak cantik sebelum tidur ikuti tips ini

Hiburan Fri, 23 Nov 2018
Featured Tue, 27 Mar 2018

Resepi Jagung Cheese Ala Korea Ini Gerenti Buat Anda Menjilat Jari!

Anda suka tak makan jagung? Biasanya, paling mudah jagung mentah yang dibeli mesti anda akan rebus sahaja dan ditambah dengan sedikit garam.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Roslan Shah Jalani Rawatan Sihir Secara Live Di TikTok?

Sakitnya tengok.. moga dipermudah segala urusan

Trending Wed, 25 Jul 2018

“Siapa Biasa Dengan Industri Fesyen Akan Lebih Faham” – Safiey

Tidak dinafikan fesyen itu adalah sesuatu yang subjektif. Tetapi, sebagai seorang yang pernah berhijrah daripada seorang lelaki dan kemudian mengubah semula penampilan menjadi seorang wanita adalah sangat dikesali dan itu adalah sesuatu yang amat menjengkelkan bagi semua rakyat  Malaysia.

Trending Mon, 21 May 2018

Wanita Disangka Pengemis Sah Berstatus Jutawan Selepas Meninggal Dunia!

Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta)