Hiburan By: SGMS Faida August 8, 2018 @ 1:40pm

Ucap Selamat Tinggal Kool FM, Liza Tumpu Bisnes Produk Kesihatan

Pasti ramai yang tertanya, kenapa agaknya suara penyampai radio ini tidak lagi ke udara? Hal ini dapat dilihat menerusi laman Instagram milik selebriti cantik ini.

Selepas tiga tahun berkhidmat, bekas penyampai radio Kool FM, Liza Khairudin akhirnya mengumumkan dia kini tidak lagi bersama stesen radio popular itu.

“ Ya, sudah seminggu saya tidak ke udara. Walaupun sedih kerana tak berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar, saya reda.

“ Para pendengar dan pengikut saya boleh berinteraksi dengan saya di laman Instagram,” katanya kepada xtra.com, hari ini.

Akui Liza, walaupun sedih terpaksa meninggalkan Kool FM yang sudah dianggap sebagai keluarga keduanya itu, Liza melihat situasi ini dari sudut positif.

“ Jujurnya,selepas hampir tiga tahun saya bersama dengan Kool FM dan ini mungkin detik sedih untuk saya. Tapi tak mengapalah, saya anggap bukan rezeki saya di sana.

“ Jika ikut kontrak, tempoh perkhidmatan saya dengan Kool FM sepatutnya berakhir Mac 2019.

“ Pihak pengurusan ada menawarkan untuk menyambung semula kontrak selama tiga tahun sebaik sahaja tamat nanti. Namun saya memilih untuk menamatkan kontrak sedia ada dan tidak akan menyambung semula nanti.

“ Tak apalah, rezeki saya mungkin di tempat lain, mungkin dalam bidang perniagaan pula,” katanya.

Wanita berusia 32 tahun ini kini fokus mengusahakan perniagaan produk penjagaan berat badan yang diusahakan sejak setahun yang lalu.

“Saya beruntung kerana mempunyai bisnes sendiri dan boleh memberikan tumpuan kepada bidang pengurusan.

“ Kalau tiada pekerjaan lain, mungkin timbul masalah juga kerana ia melibatkan sumber pendapatan.

“Kalau orang lain yang tiada sumber pendapatan lain, rasanya akan ada masalah besar untuk membayar segala bil bulanan,” akhirinya positif.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘’Boleh Guna Gajet Tapi Bukan Setiap Masa’- Amyra Rosli Tak Galak Anak Pegang Tablet 24 Jam

‘Saya faham gajet juga diperlukan untuk tujuan pendidikan. Tetapi perlu ada batasan terutama untuk kanak-kanak’

Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Kena Kecam Netizen? Saya Tak Kisah’- Reen Rahim

Pelakon yang terkenal dengan watak Kak Su dalam Pujaan Hati Kanda ini memberitahu lebih selesa menjadi diri sendiri. 

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Mon, 19 Mar 2018

“Takut Beri Kesan Kepada Bayi” – Elyana Gugur Kandungan

Elyana mengakui amat sedih kerana terpaksa menggugurkan kandungannya itu kira-kira dua minggu yang lalu

Hiburan Sun, 17 Sep 2023
Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Kalau Boleh Anak Perempuan Kali Ini’- Saharul Ridzuan

Insha Allah rezeki Tuhan tak kemana.