Hiburan By: Padin February 15, 2023 @ 7:50pm

Ukir Senyuman Pelajar & Guru, Haiza Hadir Ke Sekolah Beri Sarapan Percuma

Bukan sekadar mahu memberikan sarapan percuma semata-mata tetapi dalam masa yang sama turut memberikan pelbagai info dan menyuntik semangat kepada pelajar menjadi tujuan utama Haiza dan barisan penyampai Buletin FM yang lain hadir ke sekolah, baru-baru ini.

Teruja dapat kembali ke beberapa buah sekolah baru-baru ini, Haiza tidak keseorangan sebaliknya turut ditemani barisan penyampai lain terdiri daripada Izwan Azir, Muaz, Marsila Hassan dan Hanif Miswan.

Teruja dengan sambutan yang diberikan, kempen Buletin Belanja Breakfast itu hadir ke beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Kelang membawa senyuman kepada para pelajar dan guru-guru.

“Sebenarnya kempen yang kita buat ini untuk memberi kesedaran kepada murid-murid kepentingan sarapan bagi memulakan hari persekolahan mereka. Sarapan yang berkhasiat penting untuk perkembangan minda dan tubuh badan mereka.

“Kita sedar ramai dalam kalangan pelajar tidak bersarapan setiap kali memulakan hari persekolahan mereka. Jadi kita datang kepada mereka untuk memberikan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan sarapan,” kata Haiza.

Melihatkan sambutan hangat yang diberikan, Haiza gembira kerana kebanyakan pelajar memberikan maklum balas yang baik dan teruja dengan progam yang julung-julung kali diadakan itu.

Mereka juga gembira dapat bertemu dengan barisan penyampai Buletin FM yang merupakan tenaga kerja profesional daripada pelbagai latar belakang.

“Sebenarnya apabila berpeluang hadir ke sekolah memang sangat menyeronokkan. Saya sendiri pun sudah lama meninggalkan alam persekolahan dan pastinya kehadiran kali ini menggamit kenangan dahulu.

“Paling teruja apabila dapat menghadiri perhimpunan sambil membaca rukun negara, menyanyikan lagu sekolah dan sebagainya. Semua perkara ini dah lama ditinggalkan, memanglah kami semua teruja,” kata Haiza yang optimis mempromosikan Buletin FM sebagai sebuah radio yang memberikan fokus isu semasa dan info terkini.

Tidak sekadar memberikan sarapan semata-mata, barisan penyampai Buletin FM juga berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus yakin dalam berkomunikasi dalam menyuarakan pendapat.

Seperti yang diketahui ramai, tidak semua pelajar mahu ke hadapan disebabkan pelbagai faktor seperti malu dan sebagainya. Jadi kehadiran mereka ke sana adalah untuk membentuk keyakinan kepada pelajar agar lebih berani.

Di samping itu juga, mereka turut mendedahkan kepada pelajar tentang bidang kerjaya dalam bidang hiburan dan komunikasi untuk membentuk minat seterusnya berjaya mengejar cita-cita apabila besar nanti.

“Banyak perkara yang kami kongsikan dalam sesi Buletin Beri Breakfast baru-baru ini. Kalau dilihat barisan penyampai Buletin FM terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Ada penyampai berita, ada juga pengulas sukan dan saya sendiri mewakili golongan penyanyi. Sudah tentu banyak perkongsian yang diberikkan untuk pelajar dan ibu bapa juga,” katanya yang turut mengalu-alukan penyertaan daripada sekolah lain selepas ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Tue, 3 Dec 2019

“Tak Ada Wow Factor!” – Syafinaz Selamat

Siapa agaknya yang akan ke peringkat separuh akhir?? Jangan lupa undi peserta ‘favourite’ anda!

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Panggilan YB Buat Saya Rasa Berusia, Panggil Saja Bro Saddiq

Menurut Bro Saddiq, Kakitangan KBS akan berjoging bersama pada waktu pagi atau lepas kerja (di waktu petang). Menarik tu, amalkan gaya hidup sihat!

Hiburan Fri, 30 Sep 2022
Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Mayat Accapan Dibakar Di Krematorium Simpang Lima

Pelawak ini dilaporkan sudah lama sakit namun tidak menghebohkan tentang kondisi kesihatannya. Rest In Peace Sir…

Hiburan Fri, 30 Dec 2022
Hiburan Sun, 24 Feb 2019

‘ Anje, Look At Where You Are Today!’- Sweetnya Ucapan Raf Yaakob Buat Mawar Rashid

Raf juga memberitahu Mawar merupakan seorang wanita berdisiplin dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar, pelakon, anak, isteri dan ibu.

| Live TV