Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 6, 2024 @ 1:09pm

Umairah Rangkul Emas Dalam World Championship Of Performing Art (WCOPA) Di Hollywood, Siti Nurhaliza Luah Rasa Bangga- “Tahniah! Berjaya Harumkan Nama Malaysia!

Anak saudara penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Ummi Umairah berjaya merangkul emas dalam pertandingan World Championship Of Performing Art (WCOPA) ke-27.

Menerusi perkongsian di Instagram ibu Umairah, Siti Sairah Taruddin, berkongsi video persembahan anaknya itu yang membawakan lagu (You Make Me Feel Like) A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin.

“Berserah,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan Umairah atau lebih mesra disapa Umai yang berjaya merangkul gelaran emas itu.

Ramai dalam kalangan netizen turut berharap agar nama Umai terus berkembang dalam industri nyanyian.

Turut meluahkan rasa bangga, pelantun lagu popular Bukan Cinta Biasa ini turut meinggalkan komen di hantaran tersebut.

“Tahniah Umai! Berjaya bawa pulang emas dan mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Siti Nurhaliza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 May 2019

Sakit Buah Pinggang Bukan Penghalang Ebby Yus Berpuasa

Nanti bila dah sihat sepenuhnya, Ebby mahu kembali kembali ke lokasi penggambaran di luar pula. Semoga terus kuat ya!

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

#MM33: ‘Tipulah Kalau Saya Cakap Tak Nak’ -Shiha Zikir

Good Luck Shiha untuk ‘Jagakan Dia’ malam ni!

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Joe Flizzow, Marini Kahwin Tahun Depan?

Wah…tahniah Joe Flizzow dan Marini Ramlan! 

Hiburan Wed, 25 Sep 2019
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

韩国女团missA宣布解散

missA组合是韩国JYP Entertainment于2010年推出的女子组合,由两名中国成员孟佳、王霏霏,以及两名韩国成员裴秀智、李玟暎组成;日前JYP娱乐发布官方立场:missA合约到期,正式解散 。

Featured Mon, 20 Mar 2023