Featured By: Fatin Nurain December 11, 2022 @ 2:18pm

Ummi Nazeera Dedah Pernah Alami Masalah Depresi Sewaktu Belajar – “Therapist Suruh Saya Menulis”

Pelakon Ummi Nazeera tampil mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah depresi sewaktu belajar di Melbourne suatu ketika dahulu.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh pelakon jelita itu menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini, yang membahaskan topik berkenaan Dalam Senyum Ada Derita, baru-baru ini.

Menerusi potongan video yang tular di TikTok, Ummi menyatakan dia pernah mengalami masalah tersebut kerana berjauhan dengan keluarganya sehingga sukar untuk tidur.

Malah, Ummi turut berkongsikan solusi yang disarankan oleh pakar terapinya ketika itu adalah meluahkan segala yang dirasai dalam bentuk penulisan.

“Sebenarnya saya memang jarang bercerita dengan kawan-kawan. Saya pernah menghadapi masalah masa saya belajar dulu dekat Melbourne. Tiba-tiba kita jauh dengan family, memang saya menghadapi depression tak boleh tidur malam.

“So saya jumpa therapist yang disediakan oleh universiti dan dia ajar saya untuk tulis setiap benda yang saya rasa. Alhamdulillah, memang it makes you feel better, menulis memang menolong dan bersenam.

“Saya tulis semua benda yang saya rasa. Mungkin sebab tu saya nampak macam orang gila,” katanya.

@marbellanne11 #dramamelayu #rindukasih #fyp #tv3 ♬ original sound – __ℳ𝒶𝓇𝒷ℯ𝓁𝓁

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh Ummi untuk menangani masalah depresi yang dialami.

“Betul, dengan cara menulis dapat redakn emosi. Tu yang kaunseling sarankan pada saya…bila saya depression.

“Betul Umi. Sis dulu pun pernah buat gitu, tulis apa yang terbuku kat hati, sekarang Alhamdulillah.

“Saya dulu pun begitu, tak dapat luah dekat orang lain, saya akan luah dekat dairy.

“Betul. Menulis memang membantu. Zaman dan fasa saya sedih lah banyak penulisan yang saya buat. Ianya membantu,” komen warganet.

Sumber: Youtube TV3 Malaysia & TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Apr 2021

Siti Nurhaliza Abadikan Lagu Nostalgia Dalam ‘Legasi’

Teringat zaman kecil-kecil dulu bila mak tengah dodoi…❤

Featured Tue, 16 Aug 2022

Cukup Sekadar Simbolik! Alif Satar Enggan Lakonkan Adegan Intim – “Saya Nak Pegang Tangan Pun…”

Bukan mahu ‘berlagak alim’ tapi Alif Satar mahu menghormati status sebagai suami dan bapa 😊

Trending Tue, 8 May 2018

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Majlis Aqiqah Anak Amar Baharin, Amyra Rosli

Majlis yang indah bertemakan ‘prince’ memainkan warna putih biru dihadiri saudara terdekat pasangan sempena majlis aqiqah untuk putera sulung pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Raja Ema Kekalkan Konsep ‘Manja’ Dalam Single Terbaru

Raja Ema memilih merakamkan lagu berkonsep ‘manja’ walaupun usia sudah mencecah 50 tahun. Masih comel & awet muda gitu…

Events Tue, 12 Jul 2022
Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Kemelut Selesai…Vida Pamer Barang Kemas Untuk Aishah!

Vida memasukkan dua batu berlian 1 karat potongan bulat bernilai RM 27,100 dan 0.70 karat berlian potongan `puteri’ bernilai RM12,920 ke balang makanan ringan produk miliknya.

Featured Sun, 6 Nov 2022
error: Content is protected !!