Hiburan By: SGMS Enal September 9, 2018 @ 2:56pm

Ummi Nazeera Kongsi Detik Cemas

Menyambut kelahiran cahaya mata tempoh hari, Ummi Nazeera mendedahkan dirinya sebenarnya mempunyai masalah placenta previa jenis dua hingga menyebabkan pendarahan yang banyak ketika Aidilfitri lalu.

“Assalammualaikum puteriku, Ayra Aneesah Mohd Izzar. Alhamdulillah Allah memudahkan mummy untuk mengandung tetapi perjalanan untuk mengandungkan kamu sangat mencabar untuk kami. Mummy ada placenta previa jenis dua dan pendarahan mula berlaku selepas sambutan Aidilfitri lalu”

 

“Saya menangis apabila ia terjadi. Ingatkan mummy sudah kehilangan kamu. Alhamdulillah, semuanya baik. Mummy banyak berehat dan keluar rumah sekali seminggu. Mummy akan cuba segala yang boleh. Banyak berdoa dan bersujud”

“Malangnya, ia berlaku buat kali kedua dan ketiga. Pendarahan yang berlaku terlalu banyak sehingga doktor memutuskan untuk jalani pembedahan.
Mummy takut sangat. Alhamdulillah, daddy tenangkan dan meminta mummy supaya usah nangis dan beristighfar,” tulisnya.

Jelas Ummi lagi, beliau mencuba segala termampu namun diduga dengan pendarahan sebanyak tiga kali hingga perlu melakukan pembedahan. Bagaimanapun proses pembedahan katanya berjalan dengan lancar dan bayi juga dapat dikeluarkan dengan selamat.

Begitulah pengorbanan besar seorang wanita dan ibu untuk melahirkan seorang cahaya mata. Pasangan ini selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 22 Ogos yang diberi nama Ayra Aneesah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 1 Feb 2020

Rebecca Nur Islam Meraung Di Lapangan Terbang?

Rebecca Nur Islam dan anak-anak meraung hiba di lapangan terbang. Kenapa ya?

Featured Fri, 23 Sep 2022

“Sebab Baru 9 Bulan…” – Sedang Mengenali Seseorang, Nasha Aziz Tersipu Malu Disoal Mengenai Bunga

Comel je tengok Nasha malu-malu cakap pasal teman istimewa tu 🙈🥰

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Semoga Kisah Shakilla ini jadi inspirasi buat semua

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Awie Diarah Bayar Ganti Rugi RM 80,000 Kepada Bekas Isteri

Terdahulu, pelantun Tragedi Oktober itu didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Featured Thu, 12 Jan 2023

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan. @itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru […]

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Jadi Duta Produk ANAS Cosmetics, Ayda Terkejut Terima Bayaran Bukan ‘Harga Kawan’

Ayda yang bakal tampil dengan drama Andai Dia Bahagia yang ditayangkan di TV3 tidak lama lagi memberitahu biarpun selesa dengan tawaran menjadi ‘wajah rasmi’ produk, dia tetap aktif berlakon dan menyanyi.

Selebriti Fri, 18 Aug 2023

Remy Ishak Terkejut Baca Berita Nahas Pesawat Terhempas, Baru Berjumpa Juruterbang & Isteri Selasa Lalu

Ajal pertemuan semua di tangan Tuhan kan.. Salam takziah buat semua keluarga mangsa

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

Beri Bayangan Mahu Bersara…Sheila Rusly Minta Petunjuk

Harap-harap Sheila dapat pertimbangkan kembali…