Umum Berpisah Dengan Suami Didakwa Hanya Content? Zulin Aziz Tampil Bersuara! – “Tolong Stop! Hal Macam Ni Orang Gila Je…”

Tiada angin tiada ribut, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memaklumkan rumah tangga bersama suami, Farhan Norzaini telah berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz Beri Hint Bercerai Selepas Setahun Kahwin? – “Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz Enggan Buka Mulut Punca Berpisah – “Cukup Itu Saja, Biarlah Hanya Kami Yang Tahu”

Susulan itu, ramai yang mendakwa berita tersebut hanya sekadar gimik semata-mata untuk melancarkan sebuah lagu atau produk.

Terkini, Zulin menerusi hantaran di Instagram Story tampil menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya, hanya orang tidak siuman sahaja akan menjadikan berita perpisahan rumah tangga sebagai satu lawak jenaka.

“Content, Marketing, Prank? Benda-benda bodoh sewaktu dengannya. Untuk apa?

“Saya tak ada lagu nak keluar. Tak ada produk nak launch. Hal macam ni orang gila je buat gurauan. Please stop!,” jelasnya.

Sementara itu, Zulin memohon pada orang ramai untuk berhenti menokok tambah dek mentalnya yang sudah terkesan dalam.

“Saya mohon doa. Hanya doa. Mental saya dah cukup koyak! Cukup-cukuplah. Jangan ditambah. Saya berharap doa yang baik-baik itu berbalik dekat korang.

“Saya berhenti bercakap sampai di sini. Tiada apa saya nak ulas lagi. Tolong…” tulisnya.

Sehingga kini, masih tiada sebarang respons daripada pihak Farhan sendiri.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian XTRA, Zulin telah memadam semua foto bersama suaminya dan juga tidak lagi mengikuti Farhan di Instagram.

Sekadar info, Zulin dan Farhan berkahwin pada 20 Februari 2022.

Aqilah Paharuzi